Julai 14, 2024

Search
Close this search box.

Kolaborasi UTM-UTHM buka ruang kerjasama penyelidikan teknologi dron

JOHOR BAHRU, 22 Feb. – Satu perbincangan berkaitan penyelidikan berkaitan dron telah diadakan hasil kolaborasi antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).

Sesi perbincangan ini telah diadakan di hangar UTM dan Profesor Sr Dr. Anuar Hj Ahmad selaku wakil Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM telah menyambut delegasi dari UTHM.

Selaku ketua program UTM Iconic Multirotor Unmmanned Aerial Sysmtem (MUAS) for surveillance, Profesor Sr Dr. Anuar Hj Ahmad dan kumpulan penyelidikan beliau telah membangunkan dron di bawah geran penyelidikan UTM Iconic dari bulan Julai 2020 sehingga bulan Disember 2023.

Program ini telah terbahagi kepada empat (4) projek; Ketua Projek 1 adalah Profesor Sr Dr. Anuar Hj Ahmad (FABU); Ketua Projek 2 adalah Ir. Dr.-ing. Mohd Nazri Mohd Nasir (Fakulti Kejuruteraan Mekanikal); Ketua Projek 3 adalah Profesor Madya Dr. Rozeha A. Rashid (Fakulti Kejuruteraan Elektrik) dan Ketua Projek 4 adalah Dr. Sophan Wahyudi Nawawi (Fakulti Kejuruteraan Elektrik).

Hasil perbincangan ini telah mencapai kata sepakat dari semua ketua projek untuk kolaborasi ini dijayakan.

Perancangan seterusnya adalah mengadakan perbincangan di peringkat Research Alliance Innovative Engineering, Research Alliance dan di peringkat UTM di bawah seliaan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi sebelum Memorandum of Understanding (MOU) dan Memorandum of Agreement (MOA) ditandatangani.

Secara kesimpulannya, perbincangan dua hala ini antara UTM-UTHM telah membuka ruang dan peluang untuk membangunkan kajian dan penyelidikan berkaitan dengan dron di Malaysia.

Explore More