Mei 3, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Marina Zainal

JOHOR BAHRU, 6 Apr. – Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN) telah menyantuni warga Maahad Tahfiz Riyadhus Solihin (MTRS), Ulu Tiram baru-baru ini.

Initiatif program khidmat masyarakat ini juga bertujuan mendekatkan warga Universiti bersama Komuniti setempat yang memerlukan, disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara warga UTM, pelajar dan komuniti.

Program ini juga merupakan sebahagian daripada kerangka kebajikan yang telah dirancang di bawah program Infaq Ramadan – Santunan Kasih CCIN 2023/1444H.

Maahad Tahfiz Riyadhus Solihin (MTRS) antara yang tersenarai dalam  Program  Infaq Ramadan CCIN 2023/1444H.

MTRS telah ditubuhkan sejak Februari 2014 di Jalan Ketapang 10, Taman Rinting dan terkini beroperasi di Tiram Indah village,Ulu Tiram sejak Julai 2020.

Mempunyai seramai 50 orang pelajar,7 orang guru dan 5 orang staf, MTRS menawarkan pengajian Tahfiz Al Quran sepenuh masa dan pengajian Kitab Alim.

Program santunan kasih CCIN ke MTRS turut dihadiri Pengarah CCIN, Prof. Madya Dr. Johari Surif  bersama 13 orang pegawai dan staf CCIN bagi menjayakan program ini.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa daripada Timbalan Mudir MTRS setusnya ucapan daripada Pengarah CCIN, Prof. Madya Johari Surif yang membawa topik serba ringkas mengenai perang Salib dan akidah umat islam dan diikuti pula takzirah Ramadan daripada Mudir MTRS, Ustaz Muhammad ‘Areef bin Mohd Shafbly.

Intipati tazkirah beliau mengingatkan kepada semua supaya memperbanyakkan bacaan al-Quran sepanjang Ramadhan dan lebih fokus kepada al-Quran serta meninggalkan perbuatan-perbuatan yang melalaikan.

Program diteruskan lagi dengan  penyampaian sumbangan kotak makanan berupa barangan  dan penyampaian duit raya oleh Pengarah CCIN kepada 50 orang anak-anak tahfiz MTRS.

Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu meringakan sedikit beban warga MTRS pada bulan yang mulia ini.

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua penginfaq, yang mana dengan sumbangan inilah pihak CCIN dapat menjayakan program yang dirancang.

Begitu juga semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam program ini.

Dengan berkat kerjasama dan kesungguhan semua pasti dengan keizinan-Nya, segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Semoga kita semua terus dilimpahi rahmat dunia dan keberkatan akhirat hendaknya.

Explore More