Mei 3, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Marina Zainal

JOHOR BAHRU, 10 Apr. – Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN) sekali lagi menyantuni penghuni di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.

Kunjungan ini merupakan susulan program ramah mesra bersama warga emas yang telah diadakan pada bulan Oktober 2022.

Initiatif program khidmat masyarakat ini juga bertujuan mendekatkan warga Universiti bersama Komuniti setempat yang memerlukan, disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara warga UTM, pelajar dan komuniti.

Program ini juga merupakan sebahagian daripada kerangka kebajikan yang telah dirancang di bawah program Infaq Ramadan – Santunan Kasih CCIN 2023/1444H.

Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan telah  ditubuhkan pada 2007 dengan empat cawangan di Negeri Johor. Penghuni tergolong daripada kalangan warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) yang menghidap penyakit psikiatri, syndrome dan hyperactive.

Kebanyakan daripada mereka tiada waris dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Negeri Johor merupakan rujukan.  Mereka hanya mengharapkan tempat berteduh dan berkongsi kasih sayang bersama penghuni yang lain.

Program kali ini telah diadakan lebih santai  dengan acara ramah mesra dengan bertanya khabar disamping mengagihkan cenderahati kepada semua penghuni wanita dan petugas.

Penyampaian rasmi sumbangan telah disampaikan oleh Puan Siti Hajar Mat Sarip, mewakili Pengarah CCIN.  Duit sumbangan tunai telah disalurkan melalui atas talian di dalam akaun Rumah Perlindungan Nur Ehsan.

Semoga dengan sumbangan daripada UTM melalui CCIN ini membawa 1001 manfaat kepada penghuni.

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam program ini.

Dengan berkat kerjasama dan kesungguhan semua pasti dengan keizinan-Nya, segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Semoga kita semua terus dilimpahi rahmat dunia dan keberkatan akhirat hendaknya.

Explore More