April 20, 2024

Search
Close this search box.

HEP, MPP UTM Kuala Lumpur sumbang juadah berbuka kepada pelajar

KUALA LUMPUR, 6 Apr. – Sebanyak 350 bungkusan Nasi Arab telah di agihkan kepada seluruh pelajar UTM Kuala Lumpur bermula pada jam 3.30 petang, bertempat di ruang parkir kereta surau Kediaman Siswa Jaya (KSJ).

Program tersebut merupakan kerjasama di antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Presiden Persatuan/Kelab dan Jawatankuasa Mahasiswa (JKM KSJ & PLK) dan staf dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar.

Program tersebut telah di ketuai oleh Dr. Amal Abbas dari Pusat Kesihatan Universiti yang telah menyediakan resipi turun temurun Nasi Arab dari Mesir, dibantu oleh staf HEP dan pelajar.

Majlis penyerahan sumbangan Iftar tersebut telah berlangsung dengan jayanya oleh Pro Naib Canselor UTM Kuala Lumpur, Prof.  Ts. Dr. Abd Latif Saleh, di iringi Pengarah HEP UTM Kuala Lumpur, Prof. Ir. Ts. Dr. Aminudin Haji Abu.

Explore More