Mei 2, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Nur Mazdiana Mohd Noor Azizaman

JOHOR BAHRU, 11 Apr. –  Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, UTM melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) meneruskan  inisiatif murni sempena Bulan Ramadan ini dengan menjalankan program agihan makanan percuma kepada warga kampus terutamanya kepada para pelajar yang disayangi selari dengan hasrat universiti untuk senantiasa mempamerkan sifat peduli yang sangat tinggi kepada mereka yang memerlukan.

Program ini melibatkan bukan sahaja pelajar tempatan malah penerima agihan makanan ini juga terdiri daripada pelajar antarabangsa yang menetap di dalam dan juga di luar kampus. Ia juga dilihat selari dalam menyokong agenda Sustainable Development Goals (SDG) iaitu matlamat Tiada Kemiskinan dan Tiada Kelaparan.

Program kali ini telah dihadiri oleh Pegawai Penyelidik Kanan CCIN, Pn. Nur Arbainah Binti Shamsul Annuar Bersama team CCIN dan Sukarelawan UTM.

Program ini diharapkan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pelajar terutama yang terjejas dari segi dalam meneruskan kehidupan sebagai pelajar.

Setinggi – tinggi penghargaan juga diberikan semua para penyumbang yang telah memberikan sumbangan  Infaq melalui medium UTM Care Charity Shop di UTM Smart dalam berkongsi rezeki  bersama dengan para pelajar dan staf yang memerlukan.

Diharapkan sumbangan kepada para pelajar yang diraikan ini dapat sedikit sebanyak menceriakan lagi sambutan Ramadan mereka yang menyambutnya jauh dari keluarga tersayang.

 

Explore More