Mei 6, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 30 Mac – UTM sekali lagi berjaya mendapatkan kepercayaan daripada pihak industri untuk menjalinkan kerjasama dalam program penyelidikan dan pembangunan. Terbaharu, C L Pile Sdn. Bhd. yang merupakan salah satu pemain utama industri pembinaan di Malaysia, telah bersetuju untuk bekerjasama dengan UTM, yang diwakili oleh Forensic Engineering Centre (FEC), Institute for Smart Infrastructure and Innovative Construction (ISiiC) menerusi satu Memorandum Perjanjian (MoA).

Melalui MoA tersebut, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dalam projek penyelidikan bertajuk Proposed Industry Research for High Strength Concrete Design Mix using M-sand  dengan jumlah kos penyelidikan sebanyak RM 28,000. Projek penyelidikan ini akan diketuai oleh Profesor Madya Ts. Dr. Izni Syahrizal bin Ibrahim, dan akan dijalankan dalam tempoh satu tahun.

Majlis pertukaran dokumen MoA berkenaan telah diadakan pada 30 Mac 2023 di Smart Classroom Siti Hamisah Tapsir, Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UTM Johor Bahru. Pengarah Urusan C L Pile Sdn. Bhd., Encik Tang Lee Chong dan 5 orang kakitangannya telah menghadiri majlis ini. Majlis ini turut disaksikan oleh penyelidik dan staf UTM dari FEC, ISiiC dan FKA. Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Ahmad Safuan bin A Rashid, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan), FKA telah menerima dokumen MoA bagi pihak UTM.

Selain daripada itu, delegasi C L Pile Sdn. Bhd. turut mengadakan lawatan ke Makmal Kejuruteraan Geoteknik serta Makmal Kejuruteraan Struktur dan Kejuruteraan Bahan, Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM.

Delegasi C L Pile Sdn. Bhd. bersama penyelidik dan staf UTM.

Delegasi C L Pile Sdn. Bhd. melawat Makmal Kejuruteraan Geoteknik serta Makmal Struktur dan Bahan, FKA.

 

 

Explore More