April 26, 2024

Search
Close this search box.

62 Peserta Jayakan ‘UTM Sireh Park Hike’ sempena Hari Hutan Antarabangsa 2023

ISKANDAR PUTERI, 18 Mac – Sempena Hari Hutan Antarabangsa 2023, UTM Campus Sustainability (UTMCS) dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS) UTM, Fakulti Komputeran, Adventure & Recreation Club (ARC) dan Institusi Pembangunan Felo (IPF) telah menganjurkan UTM Sireh Park Hike.
Program yang berlangsung di Sireh Park, Iskandar Puteri merangkumi jarak 5 km, pendakian 5 bukit, 1 jambatan gantung selain menikmati pemandangan menarik 3 buah tasik di sepanjang laluan. Seramai 62 orang peserta terdiri dari staf dan juga pelajar UTM menyertai ekspedisi ini.
Menurut penyelaras program Kiflee Jimpi dari Pejabat Pelestarian Kampus, eskpedisi  ini juga telah didaftarkan di bawah Program Forestry Hiking Day 2023 dan Johor Expedition Dayhike 2.0 2023.
“Selain menyokong 2 agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan serta mempromosi penggunaan ekosistem secara lestari, program ini juga bakal menyumbang kepada penciptaan rekod di The Malaysia Book of Records untuk Penyertaan Pendakian Gunung Serentak Terbesar,” tambahnya.
Seramai 5 orang jurupandu dari Adventure & Recreation Club (ARC) diketuai oleh Abd Haris Ismail terlibat mengendalikan perjalanan program. Sementara itu, penganjur mensasarkan pendakian Gunung Lambak di Kluang selepas perayaan Aidilfitri sebagai projek terdekat.

Explore More