April 25, 2024

Search
Close this search box.

UTM Perhebat Jaringan Kerjasama Serantau di Makassar, Indonesia menerusi VC Asia@Indonesia Tour 3.0

Oleh Jaffrey Samsul Bahrin

MAKASSAR , 2 Mac.  – Siri jelajah VC Asia Tour 3.0 terus diperhebatkan di negara Indonesia bagi tahun 2023 dengan memberikan penumpuan memperkukuhkan kerjasama bersama rakan-rakan strategik di Makassar, Indonesia. Antara universiti yang dilawati dan diadakan perbincangan adalah Universiti Patompo, Universiti Negeri Makassar, Universiti Hassanuddin dan kunjungan hormat ke Pejabat Gabenor  Sulawesi Selatan.

Penyerahan Cendera Kenangan dari UTM kepada Ibu Andi Hikmah Patompo daripada Universiti Patompo

 Antara intipati perbincangan bersama Universiti Patompo adalah meliputi aspek pertukaran pelajar, pertukaran staf, pelanjutan pengajian diperingkat sarjana dan doktor falsafah, menjalankan penyelidikan bersama, pengkomersialan dan khidmat komuniti antarabangsa. Kerjasama ini akan disusuli dengan memorandum persefahaman dan memorandum perjanjian bagi menghasilkan impak kepada institusi masing-masing. Universiti Patompo merupakan universiti swasta yang baharu ditubuhkan yang mempunyai kekuatan dalam bidang perubatan.

Universiti Negeri Makassar telah mempunyai memorandum persefahaman sejak beberapa tahun dahulu. Prof Datuk Ir Ts Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM dan Bapak Prof Dr Husain Syam, Rektor UNM telah bersetuju untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dengan memeterai memorandum perjanjian pada bulan Julai 2023. Kerjasama antara kedua-dua belah pihak akan meliputi bidang kerjasama penyelidikan menerusi geran padanan, penerbitan, pertukaran pelajar dan pengwujudan pejabat satelit UTM-UNM di Makassar.

Datuk Naib Canselor UTM bersama Bapak Rektor Universiti Negeri Makassar

Delegasi UTM juga berkesempatan untuk membuat kunjungan hormat kepada Gabenor Sulawesi Selatan Indonesia iaitu Bapak H.Andi Sudirman Sulaiman S.T yang diwakili oleh Bapak Hj Aslam Patunangi, SEKDA (sekataris kepala daerah). Dalam ucapan Bapak Gabenor yang disampaikan oleh wakilnya menyatakan hasrat untuk kerjasama terus dijalinkan antara UTM dan pejabat Gabenur Sulewesi Selatan terutama dalam bidang peningkatan sumber manusia dengan menghantar pelajar dari Makassar untuk menyambung pengajian dalam bidang sains, kejuruteraan dan pendidikan berasaskan teknikal di UTM. Beberapa tahun dahulu, pejabat Gabenur pernah menaja ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran di UTM di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Delegasi UTM bergambar bersama Bapak Hj Aslam yang merupakan wakil kepada Gabenor  Sulawesi Selatan

Seramai lebih daripada 40 alumni UTM turut diraikan dalam satu majlis ringkas di kota Makasssar. UTM juga mengambil kesempatan untuk melancarkan Alumni Global Chapter Makassar bagi memperkukuhkan lagi hubungan bersama Alumni UTM di Makassar. Sehingga kini, UTM mempunyai lebih daripada 100 orang Alumni di Makassar yang rata-ratanya merupakan pensyarah di universiti disekitar Makassar.

Keluarga besar Alumni UTM di Makassar

Delegasi UTM mengakhiri siri lawatan kerjasama di Makassar dengan membuat kunjungan hormat ke Pejabat Rektor Universiti Hasanuddin iaitu Bapak  Prof. Dr. Ir. Jamaluddin Jompa. Pertemuan lebih kurang satu jam telah memberikan impak yang positif dimana beberapa bidangan kerjasama antara kedua-dua buah institusi akan dilaksanakan. Antara bidang kerjasama adalah pertukaran staf dan pelajar, penyelidikan bersama, penerbitan terjemahan La Galigo, digilitasi dan program double degree.

Pertukaran Cendera Kenangan diantara UTM dan UNHAS

Explore More