April 27, 2024

Search
Close this search box.

UTM kaji bidang pengurusan maklumat geospatial terperingkat menerusi BGSP, JUPEM

KUALA LUMPUR, 10 Feb. – Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengorak langkah pertama dalam bidang pengkajian pengurusan maklumat geospatial terperingkat menerusi kerjasama Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Delegasi UTM bergambar kenangan bersama pegawai BGSP, JUPEM.

Inisisatif pengkajian ini dimulakan dengan sesi lawatan kerja pihak FABU ke BGSP, JUPEM yang menjadi suatu platform membincangkan tentang peluang kerjasama yang boleh digerakkan antara kedua-dua pihak dalam bidang ini.

Delegasi lawatan ini yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Geoinformasi, Prof. Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa disertai oleh kumpulan pensyarah Jabatan Geoinformasi (FABU, UTM); Prof. Madya Sr Dr. Abdullah Hisam Omar, Prof. Sr Dr. Anuar Hj Ahmad, Dr. Wan Anom Wan Aris dan Sr Dr. Muhammad Hafiz Mohd Yatim.

Melalui taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Brid. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab berkenaan latar belakang BGSP, beliau turut mencadangkan beberapa kajian yang boleh diusahakan secara bersama anatra UTM dengan BGSP.

Perbincangan jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak merupakan inti pati utama lawatan ini.

Taklimat yang turut disertai oleh Pegawai Kanan Jabatan, Lt. Kol. Norazlin bt Pamuji juga membincangkan peluang pegawai JUPEM untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana melalui mod pesisir di UTM menggunakan kaedah pembelajaran secara hibrid; gabungan kaedah pembelajaran secara bersemuka dan secara dalam talian.

Melalui peluang pembelajaran seperti ini, pegawai-pegawai Jabatan tidak perlu untuk hadir ke UTM, pada masa yang sama pensyarah juga akan bertemu kumpulan pelajar pesisir ini melalui kaedah yang bakal ditetapkan.

Pengarah Jabatan Geoinformasi bersama Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), JUPEM sewaktu sesi bertukar cenderamata.

Melalui lawatan kerja ini diharap peluang kerjasama melaksanakan kajian serta menyambung pengajian dalam kalangan pegawai BGSP dapat dilaksanakn dan member amnfat kepada kemajuan Kejuruteraan Geomatik pada masa akan datang.

Explore More