Bagi mengimarah bulan Ramadan Al Mubarak, Universiti Teknologi Malaysia menganjurkan beberapa siri program sepanjang bulan tersebut yang disertai semua warga universiti. Pengarah Pusat Islam Masjid Sultan Ismail UTM, Prof. Madya. Dr. Ahmad Che Yaacob berkata antara inisiatif dijalankan ialah Tadarus Al-Quran, Kembara Imam Teknohafiz dan Open Mosque.
Inisiatif Open Mosque membolehkan pelajar bukan Islam terutama pelajar antarabangsa mencuba berpuasa di bulan ramadan serta terlibat aktiviti memasak juadah berbuka bersama manakala program Teknohafiz melibatkan pelajar memimpin solat berjemaah di surau kolej di UTM.