April 16, 2024

Search
Close this search box.

Pertandingan Top Bidder 2023 beri ruang pelajar UTM KL bentang program berimpak

KUALA LUMPUR, 23 Feb. – Bertempat di ruang legar Event Space Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) bermula dari 9.00 pagi sehingga 5.00 petang, Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM Kuala Lumpur telah mengadakan Pertandingan Top Bidder 2023.

Sebanyak lapan belas (18) kertas kerja dipertandingkan, daripada lapan (8) wakil persatuan/kelab yang telah berdaftar menyertai Pertandingan Top Bidder 2023. Hadiah utama berupa RM 5,000.00 (Lima Ribu Ringgit Malaysia), manakala tempat kedua RM 4,000.00 (Empat Ribu Ringgit Malaysia), tempat ketiga RM 3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit Malaysia) dan RM 150.00 (Satu Ratus Lima Puluh Ringgit Malaysia) sebagai saguhati kepada persatuan/kelab yang telah menyertai pertandingan ini.

Pentas Pertandingan Top Bidder 2023 ini juga memberi peluang kepada persatuan/kelab untuk melihat sendiri kemampuan setiap program yang dipertandingkan selain mengukur keyakinan kelab/persatuan untuk mengadakan program berimpak tinggi.

Pertandingan ini juga memberi ruang kepada pelajar untuk menjadi pembentang kertas kerja terbaik secara tidak langsung dihadapan juri.  Juri jemputan dari Pejabat Bendahari UTM Kuala Lumpur, Puan Fadila Afzan binti Anas juri kedua pula dari Jabatan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Puan Nik Masriza binti Zakaria dan Fakulti AHIBS, Puan Naimah binti Mohamed yang sebelum ini mempunyai pengalaman luas dengan aktiviti pelajar. 

Keputusan juri telah memihak kepada Kelab Penyelidikan & Inovasi (RIC) untuk Program Science, Innovation, and Technology Carnival 2023 ( SIT ’23) menjadi Pemenang Utama Pertandingan Top Bidder 2023.


Manakala tempat kedua dimenangi oleh Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Sistem Elektronik (Elecsys) bagi Program Ultimate Folded (UF 23), tempat ketiga pula dikongsi Jawatankuasa Mahasiswa Luar Kolej Kampus (JKM PLK) Program Spark Ramadan 23 dan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Siswa Jaya (JKM KSJ) untuk Program Liga Sahur, dan Barakah Ramadan.

 


Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) berharap kolaborasi ini akan membuka lagi ruang dengan PTJ lain di UTM Kuala Lumpur untuk bersinergi bersama HEP pada masa akan datang.

 

Explore More