April 20, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Muhmmad Izzad Bin Azman (AJK MARC) & Siti Nur Fatin Hakimah binti Ibnuzaman (penyunting)

JOHOR BAHRU, 14 Jan. – Merbauan Adventure and Recreation Club (MARC) Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) telah menganjurkan program Kayak With MARC yang dibuka kepada seluruh pelajar UTM terutama kepada penghuni KTHO.

Program ini dijalankan selama dua jam pada sebelah pagi. Pelajar yang menyertai program ini diberikan penerangan secara teori untuk diaplikasikan oleh para peserta secara praktikal. Oleh yang demikian, setiap peserta akan memperoleh pengalaman berkayak dengan cara yang betul.

Melalui program ini juga, peserta dapat membina keyakinan diri semasa di dalam air. Program ini dapat dijayakan berkat kerjasama MARC dan juga Kelab Kayak UTM.

Sesi taklimat penerangan teori di mulakan pada jam 9.30 pagi dan penerangan tersebut disampaikan oleh wakil dari Kelab Kayak UTM. Sesi ini berjalan selama 30 minit bagi membiasakan peserta dengan pendayung.

Dalam 30 minit itu juga, peserta juga diajar cara menyeimbangkan badan di atas kayak kerana peserta yang menyertai aktiviti ini rata-ratanya pertama kali mencuba aktiviti kayak.

Oleh kerana itu, sesi penerangan teori dan sedikit praktikal mengambil masa agak lama sebelum peserta dibenarkan berkayak secara bebas di Tasik Ilmu. 

Sesi taklimat pengenalan teori kayak kepada peserta

Program ini disertai seramai 18 orang peserta.  Semua peserta diberikan kebebasan untuk berkayak di Tasik Ilmu bermula jam 10.00 pagi dan selesai pada jam 11. Semua aktiviti berjalan dengan lancar dan teratur.

Melalui program ini, kelab MARC berharap untuk membuka lebih banyak peluang kepada pelajar UTM untuk sertai program ini pada masa akan datang. 

Para peserta sebelum memulakan aktiviti berkayak.

Explore More