Disember 9, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Shamimiraphay Binti  Shahul Hameed Raphay (Setiausaha MARC) & Siti Nur Fatin Hakimah binti Ibnuzaman (penyunting)

JOHOR BAHRU, 24 Mac– Merbauan Adventure and Recreational Club (MARC) sesi 2022/2023 telah memberi peluang kepada warga Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) untuk menyertai program Nature Collection with MARC, iaitu sebuah pertandingan mengambil gambar yang bertemakan alam semula jadi.

Pertandingan ini bertujuan untuk  menghubungkan para pelajar dengan alam semula jadi supaya pelajar dapat menenangkan jiwa setelah menjalankan kehidupan yang padat di universiti.

Alam semula jadi mampu memberi kesan positif kepada minda pelajar yang stres sehingga boleh menyebabkan mereka murung dan menjadi kurang fokus di dalam kelas.

Dengan inisiatif program ini, para pelajar dapat mencari ketenangan serta berehat untuk menjadi pelajar yang lebih produktif serta cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum. 

Selain itu, program ini juga dijalankan bagi mempromosikan akaun media sosial Merbauan Adventure and Recreational Club (MARC) kepada pelajar UTM.

Pertandingan ini menggunakan aplikasi Instagram bagi mewar-warkan akaun kelab MARC. Melalui pendekatan ini, pengikut akaun MARC telah bertambah dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Di samping itu, para pelajar juga akan mendapat informasi tentang aktiviti-aktiviti menarik yang akan berlangsung sepanjang semester ini. 

Gambar-gambar pemenang Nature Collection with MARC

Jelas sekali, alam semula jadi yang dipaparkan amat cantik dan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh kelab MARC. Kebiruan sungai yang ditunjukkan oleh pemenang tempat pertama mungkin telah berjaya menambat hati para juri, termasuk juga dengan pemenang tempat kedua yang telah mengambil gambar indah bersama salji  di gunung pada musim sejuk. Tidak ketinggalan juga, pemenang tempat ketiga telah mempamerkan kecantikan taman bunga berserta langit yang menawan.

Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang baik dengan 41 jumlah penyertaan. Gambar-gambar telah dinilai menggunakan rubrik bagi pemarkahan yang adil dengan menetapkan markah juri sebanyak 70% manakala ‘likes’ di Instagram sebanyak 30%. Akhir kata, pertandingan ini telah berlangsung dengan jayanya dan berharap inisiatif dapat menaikkan lagi semangat para pelajar untuk sentiasa menghargai alam semula jadi.

Explore More