Februari 21, 2024

Search
Close this search box.

Kunjungan Fakulti Komputeran UTM ke Universiti Malaya Teroka Potensi Kerjasama

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Fakulti Komputeran UTM telah mengadakan lawatan penanda aras ke Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM) Universiti Malaya.

Delegasi UTM seramai 24 orang yang diketuai oleh Dekan Fakulti Komputeran, Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir Wan Kadir telah disambut tuan rumah diketuai Prof. Madya Dr. Ang Tan Fong, Timbalan Dekan (Pascasiswazah).

Prof. Madya Dr. Ang Tan Fong, Timbalan Dekan Pascasiswazah (kanan) mengetuai tuan rumah FSKTM UM. Foto oleh Mohd Yamani Idna Idris (FSKTM UM).

Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir menzahirkan penghargaan kepada FSKTM UM atas kesudian menerima kunjungan delegasi UTM.

“Selain berkongsi amalan terbaik, lawatan ini turut bertujuan meneroka potensi kerjasama antara kedua-dua fakulti di masa akan datang.

Antara perkara menarik mengenai FSKTM UM ialah jumlah enrolmen semasa pelajarnya yang agak ramai (2721 orang) berbanding jumlah staf akademiknya (66 orang) yang lebih kecil berbanding kebanyakan fakulti di Universiti Awam lain.

Terdapat 4 Timbalan Dekan yang mengetuai bidang-bidang utama seperti Pascasiswazah (PG), Prasiswazah (UG), Penyelidikan dan Hal Ehwal Pelajar. Selain itu, FSKTM UM juga tidak menetapkan trek-trek tertentu kepada semua staf akademiknya dan semua penilaian prestasi dibuat oleh Ketua Jabatan.

Delegasi UTM turut melawat fasiliti di sekitar FSKTM UM antaranya Staff Lounge. Foto oleh Mohd Yamani Idna Idris (FSKTM UM).

Lawatan penanda aras diteruskan dengan tinjauan ke beberapa kemudahan terbaik yang disediakan oleh FSKTM UM untuk warganya seperti UG Student Lounge, PG Student Lounge dan Staff Lounge serta beberapa dewan dan bilik kuliah.

Seperti yang diketahui ramai, Universiti Malaya merupakan universiti yang menduduki ranking tertinggi dalam kalangan universiti yang disenarai pendek di Malaysia dan menikmati reputasi bertaraf dunia di peringkat antarabangsa.

Mengabadikan kenangan di hujung sesi perkongsian. Foto oleh Mohd Yamani Idna Idris (FSKTM UM).

 

Explore More