April 26, 2024

Search
Close this search box.

Hutan Simpan Panti jadi Hub Penyelidikan Makmal Hidup UTM-JPNJ

ISKANDAR PUTERI, 20 Mac –  Makmal Hidup UTM-JPNJ  telah mengadakan satu mesyuarat bersama Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) bagi membincangkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti Makmal Hidup UTM-JPNJ sepanjang tahun 2023.

Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan, Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Iskandar Puteri  telah dipengerusikan  oleh Pengarah JPNJ, YBhg. Dato’ Salim Bin Aman bersama 13 pegawai JPNJ dari pelbagai unit.

Pelbagai aktiviti dirancang bersama Makmal Hidup UTM-JPNJ telah dicadangkan bagi tahun 2023. YBhg Dato’ Pengarah turut menyatakan hasrat agar Makmal Hidup ini dapat meningkatkan ‘visibility’ dan peranan JPNJ bukan sahaja kepada pihak universiti malahan kepada orang awam.

Di antara  perancangan utama Makmal Hidup UTM-JPNJ bagi suku pertama tahun 2023 adalah kedua-dua pihak berhasrat dan merancang untuk menandatangani Surat Kerjasama (Letter of Collaboration) dalam masa terdekat.

Melalui kerjasama ini, Makmal Hidup UTM-JPNJ diharap dapat memupuk perkongsian dan pelbagai potensi kerjasama bersama pemegang taruh dalam bidang penyelidikan berkaitan konservasi, pembangunan dan pengurusan sumber hutan yang lebih efisien, khususnya di negeri Johor.

Bersama ahli Makmal Hidup UTM-JPNJ daripada UTM dan JPNJ

Dalam mesyuarat tersebut juga, YBhg. Dato’ Pengarah mengalukan-alukan penglibatan langsung UTM melalui makmal Hidup UTM-JPNJ dalam usaha merealisasikan Hutan Simpan Panti JPNJ sebagai hub penyelidikan seperti mana Hutan Pasoh di Negeri Sembilan.

Selain daripada perbincangan projek sedia ada mengikut empat kluster iaitu Kluster Teknologi dan Aplikasi, Kluster Digitalisasi, Kluster Biodiversiti dan Kluster Social & Responsibility,  JPNJ juga mengalukan kajian  berkaitan penjanaan hasil produk hutan, kajian berkaitan  karbon kredit dan kajian teknologi bersesuaian berkaitan tanah runtuh.

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ybhg Pengarah, Dato’ Hj Salim b Aman

Lanjutan daripada perancangan aktiviti-aktiviti yang dibincangkan, lawatan tapak di Hutan Simpan Panti, Kota Tinggi telah diadakan bagi meninjau kawasan dan plot berpotensi untuk kajian dan penyelidikan.

Di antara aktiviti-aktiviti lain yang dirancang dan akan dilaksanakan pada tahun ini termasuklah sistem amaran awal kepala air (telah dimulakan di Gunung Pulai/Blumut), rawatan tanah, ‘IoT-based smart nursery’, usaha sama dalam memohon dana penyelidikan dan penerbitan saintifik, dan kempen kesedaran buku kanak-kanak bagi memupuk kesedaran dan kecintaan terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan biodiversiti hutan.

Taklimat daripada Renjer Hutan di Plot Fenologi JPNJ
Taklimat berkaitan spesis pokok-pokok yang ditag di plot fenologi bagi pemantauan
Bergambar kenangan bersama pegawai JPNJ dan ahli Makmal Hidup UTM-JPNJ di Pejabat Renjer Kota Tinggi

Explore More