Februari 21, 2024

Search
Close this search box.

Fakulti Komputeran lonjak keterlihatan menerusi penubuhan Jawatankuasa Penjenamaan

JOHOR BAHRU, 22 Mac – Fakulti Komputeran telah menubuhkan Jawatankuasa Penjenamaan dalam usaha meningkatkan keterlihatan (visibility) dan melonjakkan fakulti tersebut ke tahap yang lebih tinggi.

Perkara ini dinyatakan oleh Dekannya, Prof. Ts Dr. Wan Mohd Nasir Wan Kadir ketika Bengkel Jawatankuasa Penjenamaan Fakulti Komputeran yang berlangsung di Smart Classroom Bangunan N28A.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa khas itu turut bertujuan untuk mewujudkan ekosistem dan ruang seluasnya untuk warga Fakulti Komputeran berkreativiti selain  membantu fakulti khasnya dan UTM amnya dalam mencapai sasaran 2023, UTM enVISION 2025, penarafan universiti dan MYRA.

“Pendigitalan merupakan trend global masakini dan Fakulti Komputeran perlu memainkan peranan aktif sebagai pemimpin dalam bidang ini,” tambahnya lagi.

Dekan Fakulti Komputeran menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan, Timbalan Pengarah (Media Kreatif & Penjenamaan), Seksyen Hal Ehwal Korporat UTM, Dr. Mohd Farizal Ahmad Kamaroddin

Taklimat penjenamaan turut disampaikan di awal bengkel oleh Timbalan Pengarah (Media Kreatif & Penjenamaan) Seksyen Hal Ehwal Korporat UTM, Dr. Mohd Farizal Ahmad Kamaroddin.

Intipati ceramah meliputi penjenamaan sebagai elemen penting bagi sesebuah organisasi atau entiti sama ada ianya bersifat komersil atau sebaliknya. Penjenamaan boleh membina visibiliti dan reputasi dalam membantu mempromosi produk dan perkhidmatan.

“Dalam erti kata lain, penjenamaan akan membezakan sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain,” ujarnya lagi.

Idea penubuhan jawatankuasa ini tercetus  ketika Bengkel Perancangan Strategik Fakulti Komputeran pada 15-17 Disember  2022 di Port Dickson.

Selain Dr. Farhan Mohamed dan Prof. Madya Dr. Nor Azman Ismail yang masing-masing pernah menjawat jawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Korporat, jawatankuasa ini turut dianggotai oleh beberapa wakil pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar, PERSAKA dan Post Graduate Student Society (PGSS).

 

Explore More