November 18, 2024

Search
Close this search box.

Universiti Prince of Songkla jalin kerjasama pintar bersama UTM, perhebat penyelidikan bidang Geoinformasi

JOHOR BAHRU, 14 Feb. – Delegasi Universiti of Songkla, Thailand telah melakukan lawatan kerja ke Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menjalinkan hubungan kerjasama antara kedua-dua buah universiti ini, terutama dalam bidang Geoinformasi.

Tujuan utama lawatan ini adalah sebagai satu langkah mempromosikan bidang pengajian yang terdapat di UTM di samping membincangkan hala tuju seterusnya dalam kerjasama penyelidikan bersama Universiti of Songkla. Melalui lawatan kerja ini juga para pensyarah bagi kedua-dua Universiti dapat saling bertukar pandangan berkenaan hala tuju bidang Geoinformasi pada masa hadapan.

Delegasi lawatan ini telah dihadiri oleh Dr. Prakrit Noppradit, pensyarah dari Fakulti Sains (Pengkhususan dalam bidang Geofizik) dan telah disambut oleh Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Prof. Sr Dr. Kherun Nita Ali, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Lar Dr. Sapura Mohamad, Pengarah Landskap Arkitek, Dr. Lee Yoke Lai dan Pengarah Geoinformasi, Prof. Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa serta barisan pensyarah fakulti yang lain. Dr. Prakrit juga telah dibawa melawat ke Makmal Geomatik Inovasi (GnG) serta Makmal Forensik PDRM-FABU serta beberapa bangunan fakulti dan fasiliti utama UTM stadium UTM, balai cerap dan kolej kediaman.

Dr Prakrit telah ditunjukkan aplikasi teknologi Terrestrial Laser Scanner (TLS) dalam membantu pengesanan dan pemantauan lokasi kejadian jenayah semasa melawat ke Makmal Forensik PDRM-FABU. Semasa di Makmal GnG, satu sesi pembentangan oleh pelajar-pelajar pasca-siswazah telah dijalankan bagi memberi peluang para pelajar menyampaikan idea kajian mereka dalam tempoh 5 minit sahaja kepada Dr. Prakrit. Setelah itu, sesi penutupan berlangsung dengan perbincangan dua hala antara dua universiti bagi membincangkan ruang kerjasama yang akan diwujudkan pada masa akan datang.

Secara kesimpulannya, lawatan kerja UTM-Universiti Prince of Songkla, Thailand ini merupakan satu titik permulaan jalinan kerjasama pada masa akan datang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua universiti secara amnya.

Explore More