Disember 4, 2024

Search
Close this search box.

Misi #fromGOODtoGREAT bakal pacu FSSH realisasi enVision UTM 2025

Oleh : Khairull Azmi Ishak, Dina Azleema Mohamed Nor, Hazlina Stam, Norlita Hassan, Nur Nadirah Baharam

PORT DICKSON, 28 Jan. – Sebanyak 6+2 = High Impact Project (HIP) dan 13 Key High Impact Result (KHIR) telah ditetapkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) bagi tahun 2023 untuk pelaksanaan “A Journey to FSSH enVision 2025 #fromGOODtoGREAT”. Penetapan KAI ini adalah hasil dari Bengkel Perancangan Strategik FSSH 2023 : enVision UTM 2025 yang telah diadakan pada 26 hingga 28 Januari 2023 di Hotel Thistle, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel selama tiga hari ini yang bertemakan “A Journey to FSSH enVision 2025 #fromGOOD to GREAT”: Kesinambungan Legasi dan Sinergi ke arah Kecemerlangan 2030, telah disertai oleh 70 orang peserta yang terdiri daripada pengurusan fakulti serta wakil staf FSSH UTMJB dan UTMKL. Perancangan bengkel ini bermula dengan sesi Pra Bengkel yang telah diadakan pada 10 Januari 2023 di UTMJB.

Sebanyak lapan kumpulan telah dikenal pasti bagi membincangkan hala tuju FSSH sejajar dengan keperluan enVision UTM 2025. Pembahagian kumpulan terbahagi kepada lapan (8) kumpulan iaitu Kumpulan Strategik, Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Kualiti Akademik, Penyelidikan, Hubungan Luar dan Global, Pendidikan Berterusan dan Transnasional, Bakat Staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana serta Kumpulan Fasiliti dan Teknologi Maklumat.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk membincangkan Strategi Korporat enVision UTM 2025 yang dirangka dengan aspirasi untuk memacu UTM menjadi sebuah Universiti Penyelidikan yang terkemuka di negara ini. Dalam merealisasikan visi dan misi universiti, UTM perlu mewujudkan suatu ‘niche’ yang unik dan berbeza berbanding universiti lain.

Sesi bengkel dimulai dengan sesi taklimat oleh Timbalan Pendaftar, En. Khairull Azmi bin Ishak yang telah menerangkan secara ringkas perjalanan keseluruhan bengkel. Bertemakan FSSH Keluarga Sejahtera, YBhg. Dekan FSSH, Prof. Dr. Arieff Salleh bin Rosman telah memberikan amanat dan hala tuju bengkel dengan bertemakan Daya Tahan (Resilience) Keluarga FSSH.

Antara komponen yang telah ditekankan untuk dijadikan panduan kepada semua para peserta dan staf fakulti adalah matlamat dan tujuan hidup, memiliki keanjalan (flexibility) minda dan emosi, menghayati solat ke arah kesedaran jiwa, mencontohi Rasul Ulul Azmi, mempunyai sokongan sosial yang seimbang, mempunyai sikap optimistik dan meningkatkan kualiti rohani.

Sinonim dengan slogan Keluarga FSSH Sejahtera, pihak fakulti juga telah mengedarkan soal selidik kepada semua staf sebelum bengkel ini bagi mengenalpasti tahap kepuasan bekerja staf FSSH dan hasil dapatannya telah dibentangkan melalui Hasil Laporan Dapatan Kajian Kualiti Pengurusan dan Kepuasan Bekerja FSSH oleh Task Force Kepuasan Pelanggan FSSH.

Hasil dapatan ini dapat membuktikan keberkesanan sistem pentadbiran dan pengurusan fakulti yang boleh ditambah baik bagi mencapai FSSH Keluarga Sejahtera. Perkongsian idea-idea baru juga sangat membantu pengurusan fakulti untuk merancang program-program yang berimpak tinggi serta mampu mengekalkan keharmonian di FSSH.

Hasil dari bengkel ini pelbagai program dan pendekatan yang akan dilaksanakan pada tahun 2023 telah direncanakan meliputi kelapan-lapan agenda utama fakulti dengan mengambilkira pelbagai aspek keperluan staf seperti keperluan kenaikan pangkat, kesejahteraan & kesihatan staf, pencapaian Myra peringkat FSSH dan pelbagai lagi meliputi keperluan Universiti itu sendiri. Kesemuanya telah diperhalusi untuk peringkat pelaksanaan dengan kadar yang segera di semua peringkat fakulti.

Kemuncak bengkel diakhiri dengan Sesi Forum Strategik FSSH di mana setiap Pengerusi Sekolah dan Akademi membentangkan pencapaian dan hala tuju akan datang sehingga tahun 2030. Melalui forum ini, pentadbiran fakulti lebih jelas tentang hala tuju dan perancangan kerja yang ingin dicapai sepanjang tahun 2023.

Di akhir sesi bengkel yang amat produktif ini, YBhg. Dekan merumuskan mengenai FSSH enVision 2030 – “A Journey to FSSH enVision 2025 #fromGOODtoGREAT”  bersandarkan sasaran menjayakan  FSSH 9 Itqan Project iaitu attractive branding, strong alumni relations, futuristic academic programme, sustainable income generation, research Nexus niche, impactful partnership, wonderful student experience, great talent dan conducive infrastructure.

Diharapkan hasil bengkel ini akan dapat disebarluaskan kepada seluruh warga FSSH melalui pendekatan libat urus pengurusan fakulti ke semua peringkat staf agar ianya akan menjadi panduan rasmi fakulti bagi tahun 2023 sehingga 2025 sebagai sebuah fakulti terbesar di UTM untuk terus cemerlang dan gemilang berteraskan enVision UTM 2030 – Kerana Tuhan Untuk Manusia.

 

Explore More