Disember 6, 2024

Search
Close this search box.

FABU turun padang ceriakan Bilik Pembelajaran Abad ke-21 SMPK Vokasional Kulai

Oleh: Dr Othman ZainonDr Syamsul Hendra

KULAI, 29 Jan. – Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia (FABU UTM) dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri dan Komuniti serta Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Vokasional Kulai telah melaksanakan program menceriakan bilik pembelajaran  abad ke-21 (PAK21) melalui pendekatan landskap kejur.

Program ini telah dilaksanakan selama sebulan mulai Disember 2022 hingga Januari 2023  dengan tujuan untuk menceriakan bahagian dinding bilik pembelajaran PAK21 dengan lukisan mural berasaskan pada ilmu Sains, Sosial dan Alam Sekitar. Lukisan mural telah dilukis dan diwarnai mengikut tema seperti sistem suria dan sistem pengangkutan di Malaysia.

Program ini melibatkan dua orang pensyarah FABU, Pengarah CCIN Prof Madya Dr Johari Surif, 14 orang staf CCIN dan 30 orang pelajar UTM. Di samping itu, guru-guru dan pelajar SMPK Vokasional Kulai, juga turut membantu kerja-kerja keceriaan bilik pembelajaran PAK21 tersebut.

Program juga turut melibatkan aktiviti pemindahan ilmu oleh Dr. Syamsul Hendra berkaitan perlaksanaan projek dengan memberi penerangan berkenaan warna-warna yang sesuai digunakan bagi menceriakan lagi bilik pembelajaran tersebut yang berasaskan PAK21. Keceriaan ini juga perlu berpusatkan pelajar, dengan berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.

Hasil lukisan mural tersebut dapat dlihat melalui sentuhan pemikiran kepakaran UTM dan pelajar bagi menghasilkan satu transformasi bilik pembelajaran yang berasaskan PAK21. Diharapkan projek ini dapat memberi suasana yang baru dalam penerapan PAK21 yang berteraskan kepada pelajar.

Program pemindahan ilmu yang telah disampaikan oleh Dr Syamsul Hendra.
Pengarah CCIN Prof Madya Dr Johari Surif sedang menjayakan aktiviti mengecat bilik pembelajaran PAK21.
Kakitangan CCIN telah membersihkan dinding bilik pembelajaran PAK21.
Kakitangan CCIN turut menjayakan kerja-kerja mengecat bilik pembelajaran PAK21.
Pelajar UTM turut menjayakan kerja-kerja mengecat bilik pembelajaran PAK21.
Guru-guru dan para pelajar SMPK Vokasional juga membantu mengecat bilik pembelajaran PAK21.
Pelajar UTM telah menyiapkan lukisan mural di bahagian luar bilik pembelajaran PAK21 berdasarkan tema pengangkutan di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Explore More