April 25, 2024

Search
Close this search box.

Atlet PERTISAS terima ‘durian runtuh’

JOHOR BAHRU, 20 Feb. – Seramai 7 atlet cemerlang UTM dari kalangan ahli PERTISAS telah menerima Insentif Pemenang Pingat Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM 2022) dalam satu majlis ringkas yang telah diadakan di lobi Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. ‘Durian runtuh’ tersebut telah disampaikan oleh Presiden PERTISAS, Azizul Azman.

Pemenang 2 emas SUKUM 2022, Dzulhelmi Md Razali

Mengetuai senarai penerima adalah Dzulhelmi Mohd Razali yang menerima RM400.00 melalui kemenangan 2 pingat emas dalam acara Bolasepak Veteran dan Olahraga 4×100 Meter yang disertainya.

Penerima insentif lain terdiri daripada Azri Hohad (Emas – Catur), Md Razib Karno (Emas – Catur), Masnawi Miskam (Emas – Bolasepak Veteran), Norshima Mohd Sham (Perak – Futsal Wanita), Rizam Rahmat (Perak – Golf) dan Rahizah Abd Rahiman (Gangsa – Lempar Cakera).


Menurut Azizul Azman, insentif yang diberikan ini merupakan satu penghargaan atas kecemerlangan ahli yang terlibat. Di samping itu, ia juga sebagai dorongan kepada ahli untuk mengamalkan gaya hidup sihat antaranya dengan cara mengambil bahagian dalam bidang sukan yang digemari.

Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 telah berlangsung di UPM Serdang bermula 17 hingga 24 September 2022.

Explore More