Disember 28, 2024

Rangka Pendekatan Baharu Lahir Graduan Berintegriti

Pandemik COVID-19 sehingga kini memberi impak besar kepada kehidupan manusia di seluruh dunia. Bermula dengan masalah kesihatan, ia menular kepada kekangan aktiviti kemanusiaan dan kemasyarakatan, termasuk bidang pendidikan.

Kemunculan COVID-19 menyaksikan berlaku perubahan drastik terhadap landskap pendidikan tinggi apabila ia dilaksanakan menerusi arus Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan melonjak pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian.

Hikmahnya, institusi pendidikan tinggi (IPT) dapat memanfaatkan teknologi IR 4.0 melalui kurikulum dan pedagogi pembelajaran sentiasa terkehadapan untuk menghasilkan graduan berwibawa dan berketrampilan. Namun, masalah pengangguran graduan akibat COVID-19 juga perlu diberikan perhatian serius dan memerlukan tindakan segera supaya ilmu pengetahuan dan kebolehan mereka tidak disia-siakan.

Latihan kemahiran berbentuk ‘kemahiran semula dan peningkatan kemahiran’ diperkenalkan bagi membantu mereka kekal berada dalam kelompok relevan dan kompetitif.

Sumber : Berita Harian – 30 Januari 2023

Baca artikel

Explore More