Disember 9, 2024

Search
Close this search box.

Perkongsian ilmu teknologi GNSS tarik minat pelajar STTJ sertai bidang kejuruteraan geomatik

SEREMBAN, 14 Jan. – Mahasiswa program Kejuruteraan Geomatik dari Fakulti Alam Bina & Ukur (FABU) dan pelajar kursus Kejuruteraan Awam Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar (STTJ) telah berganding bahu mengadakan program tanggungjawab sosial universiti (USR) bertempat di STTJ, Negeri Sembilan.

Program ini melibatkan seramai 50 orang mahasiswa dan pelajar dari kedua-dua pihak, didahului dengan sesi perkongsian tentang program kejuruteraan geomatik dan teknologi Global Navigation Satellite System (GNSS).

Seterusnya, beberapa aktiviti padang yang berasaskan ilmu Kejuruteraan Geomatik telah dipraktiskan bersama seperti Geocaching Treasure Hunt, Catch Me If You Can dan Navigate Me.

Pelajar-pelajar STTJ juga telah berpeluang menggunakan peralatan ukur seperti alat penerima GNSS dan Total Station yang sering digunakan di bidang Kejuruteraan Geomatik. Pelajar-pelajar dan guru-guru dilihat teruja dapat menggunakan peralatan tersebut.

Di akhir aktiviti ini, mereka dapat membezakan kelebihan dan kekurangan dalam menggunakan setiap peralatan yang dipraktiskan.

Secara keseluruhannya, sambutan para pelajar terhadap program amat positif malahan guru-guru juga berharap kolaborasi sebegini antara STTJ dan UTM dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sementara itu, penganjuran program ini secara tidak langsung program ini melatih mahasiswa UTM untuk mempertingkat kemahiran interaksi dan bersosial bersama masyarakat.

Aktiviti Geocaching Treasure Hunt
Aktiviti Catch Me If You Can
Aktiviti Navigate Me

Explore More