Mac 1, 2024

Search
Close this search box.

Pengurusan Kolej 9&10 anjur taklimat keselamatan, pastikan warga kampus cakna akan peraturan

JOHOR BAHRU, 30 Dis. – Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 9&10 (JKM K9&10) dengan kerjasama Majlis Felo Kolej 9&10 telah menganjurkan Taklimat Kempen Keselamatan Kolej 9&10 22/23.

Panel jemputan bagi Taklimat Kempen Keselamatan ini adalah Penyelaras Bidang/ Timbalan Pengarah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Madya Ts. Dr Mariyana Aida Binti Ab.Kadir; Pegawai Sains Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Puan Siti Fawziah Binti Mohd Noor, dan Pengetua Kolej 9&10, Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Rahman Bin Tamuri.

Program ini telah berjaya memberikan impak yang besar kepada mahasiswa kerana banyak input seperti pengetahuan asas tentang keselamatan yang telah disampaikan oleh panel-panel jemputan. Taklimat ini telah menjawab segala persoalan yang mungkin sebelum ini menjadi tanda tanya pelajar di kolej ataupun di luar universiti.

Objektif utama program adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang keselamatan di dalam dan di luar kolej. Selain itu, program ini juga telah memberi penjelasan kepada pelajar tentang prosedur keselamatan yang perlu diikuti, pihak yang mana perlu dihubungi jika berlaku kecemasan dan sebagainya.

Menurut Puan Siti Fawziah, “Pelajar perlu sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kolej masing-masing supaya dapat mengurangkan kes kecederaan, kemalangan dan lain-lain berlaku kepada pelajar”.

“Pelajar juga tidak seharusnya meletakkan kenderaan di bahu jalan, kerana perbuatan tersebut menghalang pandangan dan boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya kemalangan,” tambah beliau lagi.

Penganjuran program ini secara tidak langsung telah memberi kesedaran kepada warga kampus terutama pelajar Kolej 9&10, seterusnya menjadikan mereka untuk lebih cakna akan undang-undang dan peraturan yang telah digariskan oleh pengurusan UTM.

 

 

 

Explore More