April 20, 2024

Search
Close this search box.

Mantan Pembantu Felo KTDI dirai dalam majlis penghargaan khas

JOHOR BAHRU, 5 Jan. – Majlis Felo Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) telah menganjurkan Program Boling dan Majlis Penghargaan bagi Mantan Pembantu Felo bertempat di Universal Bowling dan KFC Taman Mutiara Rini. Program tersebut telah dihadiri seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada ahli Majlis Felo KTDI dan beberapa ahli keluarga yang lain.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli Majlis Felo KTDI di mana para peserta dapat beramah mesra antara satu sama lain. Selain itu, program ini juga diadakan untuk memberi penghargaan kepada dua orang mantan Pembantu Felo KTDI yang telah menamatkan kontrak mereka. Mantan Pembantu Felo KTDI iaitu saudari Suhaily binti Suhaimi telah berkhidmat selama tiga tahun manakala saudari Nurul Aliah Amirah binti Mazalan telah berkhidmat selama setahun lapan bulan.

Dengan berakhirnya program ini, diharapkan agar para ahli Majlis Felo KTDI dapat mewujudkan hubungan yang baik sesama mereka dan terus giat melibatkan diri dalam program-program akan datang. Ahli Majlis Felo KTDI juga berharap agar mantan Pembantu Felo KTDI terus cemerlang dalam masa depan mereka.

Sesi bergambar ahli Majlis felo Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) di KFC Taman Mutiara Rini

Explore More