April 16, 2024

Search
Close this search box.

Kelab Volunteer dan JKM KRP santuni asnaf Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang

PASIR GUDANG, 30 Dis. – Kelab Volunteer dengan kerjasama Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Rahman Putra (JKM KRP) telah menganjurkan satu program komuniti iaitu Program Menyantuni Asnaf bertempat di Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang, Johor. Program ini turut mendapat sokongan padu dan jitu daripada Persatuan Kebajikan Pemangkin Wanita Negeri Johor, ahli jawatankuasa Masjid Kampung Cahaya Baru dan komuniti Kampung Cahaya Baru.

Penglibatan sebanyak 80 orang peserta dalam program ini merangkumi jawatankuasa pelaksana, para sukarelawan Kelab Volunteer dan juga orang awam. Program ini turut menerima kerjasama pihak-pihak seperti Syarikat Faiza dan Resipi Bonda Ku terutama dalam bentuk sumbangan kepada golongan asnaf.

Objektif program ini adalah untuk memupuk kesedaran, tanggungjawab dan semangat sukarelawan dalam kalangan masyarakat serta kepentingan untuk menghormati dan menyantuni golongan asnaf. Selain itu, program ini turut menjadi platform memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan warga UTM, di samping menonjolkan sifat cakna dan prihatin terhadap komuniti tersebut.

Majlis perasmian program telah disempurkan oleh ahli jawatankuasa Masjid Kampung Cahaya Baru. Para sukarelawan kemudian dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk mengunjungi rumah golongan asnaf bagi sesi pemberian bantuan.

Selepas selesai sesi agihan bantuan di rumah-rumah penerima, para sukarelawan telah mendirikan solat jumaat bersama ahli jawatankuasa Masjid Kampung Cahaya Baru dan penduduk kampung. Selepas solat jumaat, majlis penutup telah diadakan yang mana telah disempurnakan oleh Pengetua KRP, Prof. Madya Dr. Mohd Haizal Jamaluddin.

Penganjuran program seperti ini akan menjadi pencetus kepada warga UTM terutama pelajar KRP untuk melibatkan diri secara langsung dalam program-program berbentuk kesukarelawanan yang bakal dianjurkan pada masa akan datang.

Explore More