April 26, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Awang Muhammad Ezhar B Awang Ahed & Farhan Ashraf B S Salahudin

MELAKA, 31 Dis. – Zoolunteer: Let’s Lend A Helping Hend  merupakan sebuah program tanggungjawab sosial hasil cetusan idea Kelab Lambaian Masyarakat (KLM), sebuah kelab di bawah naungan JKM Kolej Tuanku Canselor (KTC). Program ini telah berlangsung di Zoo Melaka dan telah menyasarkan para pelajar untuk meningkatkan tahap pengetahuan tentang pengurusan dan penjagaan haiwan.

Selain meningkatkan kesedaran pelajar akan kepentingan penjagaan dan pemuliharaan haiwan terutamanya spesies yang kian pupus, program ini juga dilihat platform tepat dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ke-4 dan 15, iaitu pendidikan berkualiti dan kehidupan di darat. Konsep 3R (reuse,reduce,recycle) juga menjadi dasar keutamaan program ini selari dengan semangat cinta akan alam sekitar.

Program ini telah bermula pada 30 Disember dengan aktiviti ‘Nocturnal Night Walk’  di Forestay, Taman Botanikal Melaka. Secara ringkasnya, aktiviti ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara berhadapan haiwan berbisa seperti kala jengking serta memberi peluang kepada para peserta untuk menikmati sendiri suasana di dalam hutan tanpa bantuan pencahayaan lampu.

Para peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan telah diketuai oleh pekerja daripada pihak Zoo Melaka untuk membersihkan bahagian yang yang telah ditetapkan seperti kandang racoon ,gajah dan pelbagai kandang lagi.

Program Zoolunteer telah melabuhkan tirainya pada jam 12:30 tengah hari dan para peserta telah berkumpul di auditorium untuk majlis penutup. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh pihak wakil Zoo Melaka kepada pengarah program, saudara Akmal Rizal Zaini manakala cenderamata kepada pihak Zoo Melaka pula telah disampaikan oleh penasihat program, Dr. Fatin Afiqah Md. Azmi. Turut hadir sama ialah Encik Danish Akmal Jihat @ Ahmad,pembantu penasihat program.

Pada sebelah petang pula, aktiviti permainan Zoomanji telah dijalankan disekitar kawasan Zoo Melaka. Aktiviti yang sangat menarik ini telah mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan peserta dalam kumpulan di samping memupuk semangat kerjasama yang baik sesama mereka.

Penganjuran program Zoolunteer:Let’s Lend A Helping Hand. sedikit sebanyak memberi pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada peserta terutama dalam kalangan pelajar UTM dari KTC akan kepentingan memelihara dan memulihara haiwan supaya ia masih mampu menjadi tatapan generasi akan datang.

Barisan peserta program seramai 60 orang
Barisan krew program seramai 18 orang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Explore More