April 18, 2024

Search
Close this search box.

Gotong-royong bersama MKB jayakan agenda KTHO lestari dan kondusif

Oleh: Eddie Wong Chung Pheng (JKM KTHO) & Siti Nur Fatin Hakimah binti Ibnuzaman (penyunting)

JOHOR BAHRU, 7 Jan. – Program Gotong Royong Bersama Majlis Ketua Blok (MKB) dijalankan sebagai satu program di bawah agenda kebajikan buat penghuni Kolej Tun Hussein Onn (KTHO). Program ini dianjurkan oleh Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) dengan kerjasama Seksyen Projek & Penyelenggaraan (SPP).

Program ini bertujuan untuk  mengeratkan hubungan silaturrahim antara JKM KTHO dan MKB melalui aktiviti gotong-royong, mengutip sampah dan mengecat papan tanda sekitar blok kediaman KTHO.

Seramai 28 orang barisan JKM KTHO,19 orang Majlis Felo Merbauan (MAFAN), 21 orang MKB dan 104 orang sukarelawan telah menjayakan program ini, di bawah teraju Pengarah Program, saudara Muhammad Afiq Bin Hasan Mazli. 

Pengarah Program memberi taklimat sebelum memulakan aktiviti gotong-royong.
Penyediaan cat putih dan hitam dengan alat mengecat.

Sebanyak 10 kumpulan telah dibahagikan oleh Pengarah Program dan setiap kumpulan diketuai oleh wakil dari MKB bagi membantu melancarkan lagi proses kerja. Taklimat ringkas disampaikan terlebih dahulu oleh Pengarah Program bagi memastikan kelancaran sepanjang aktiviti dilaksanakan. 

Inisiatif keceriaan ini melibatkan sebanyak 23 buah blok kediaman KTHO iaitu L01, L02, L04, L05, L07, L12, L13, L15, L16, L17, L18, L20, L21, L22, L23, L26, L27, L30, L33, L35, L36, L37, dan L38. Antara aspek yang menjadi fokus dalam gotong-royong ini adalah mengecat laluan jalan kaki, kawasan parkir dan juga papan tanda yang sedia ada.

Mengecat papan tanda di kawasan L12
Peserta gotong-royong sedang mengecat tiang-tiang di sepanjang laluan ke blok lelaki.
Mengecat laluan jalan kaki di L01.
Berbaris untuk ambil makanan dan minuman.

Penganjuran program Gotong Royong Bersama Majlis Ketua Blok (MKB) diharap sedikit sebanyak menyerlahkan lagi keceriaan blok-blok kediaman pelajar sekali gus menjadikan KTHO sebagai antara kolej kediaman UTM yang kondusif untuk didiami. 

Explore More