April 26, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Norsyafiqa Madlan & Corrienna Abdul Talib

JOHOR BAHRU, 23 Dis. – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berkolaborasi dengan dua buah universiti daripada Indonesia iaitu Universitas Airlanggar (UNAIR) dan Universitas Negeri Medan (UNIMED) untuk satu program yang diberi nama Online Global Classroom (OGC) dengan tema Enhancing Higher Education Student Chemistry Learning.

Program FSSH OGC ini telah dikendalikan oleh para pelajar tahun dua program prasiswazah Pendidian Kimia yang diketuai oleh saudara Muhammad Afkar Bin Noralimin. Program ini telah dirasmikan oleh Dekan FSSH, Prof. Dr Arieff Salleh Rosman. Program FSSH OGC ini telah dihadiri oleh pelajar prasiswazah dan pascasiswazah daripada program Pendidikan Kimia dan program Nutrisi dan Kesihatan Awam serta turut disertai oleh para pensyarah daripada ketiga-tiga universiti dengan penyertaan melebihi daripada 200 orang.

Menurut penyelaras program FSSH OGC, Dr. Corrienna Abdul Talib, “Objektif bagi program ini adalah sebagai platform perkongsian ilmu pengetahuan pendidikan kimia berkaitan isu semasa seperti keselamatan makanan yang juga merupakan isu pemakanan global yang  kini dilihat amat kritikal disebabkan banyak cabaran seperti pandemik, perubahan iklim dan konflik antarabangsa.

“Selain itu, platform sebegini dapat menginterasikan pembelajaran secara atas talian dan perkongsian isu keselamatan makanan di antara Malaysia dan Indonesia serta mengukuhkan kerjasama antara UTM dengan UNIMED dan UNAIR.

Sesi OGC ini terdiri daripada tiga sesi yang melibatkan tiga orang panel yang pakar dalam bidang masing-masing. Dua sesi pada waktu pagi dan satu sesi pada waktu petang. Syarahan bagi sesi pertama bertajuk Food Security Awareness in Conserving Natural Resources telah disampaikan oleh Dr. Corrienna Abdul Talib dari Sekolah Pendidikan, FSSH yang menekankan tentang kepentingan kesedaran terhadap isu keselamatan makanan melalui pemuliharan sumber makanan.

Sesi kedua diteruskan dengan syarahan oleh Dr Sri Adelila Sari dari Jabatan Kimia, Fakulti Matematik dan Sains, UNIMED dengan tajuk Packaging for Enhanced Food Security berkaitan kepentingan pembungkusan makanan yang baik agar dapat menghasilkan makanan yang lebih berkualiti serta keterjaminan dalam tempoh masa yang lebih lama.

Syarahan ketiga pula telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Trias Mahmudiono dari Jabatan Pemakanan, Fakulti Kesihatan Awam, UNAIR berkaitan Food Security and Dietary Diversity Of Household With Double Burden Of Malnutrition. Pada sesi ini, para peserta telah diberi pendedahan berkenaan terminologi untuk peralihan pemakanan dan beban berganda pemakanan serta isu kesihatan awam yang berkaitan dengan zat-zat makanan.

Sesi OGC diakhiri dengan sesi soal jawab oleh para peserta dan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada ketiga-tiga penceramah sebagai penutup tirai program. Jutaan terima kasih kepada pelajar kursus SHPN1022 S3, rakan kerjasama UNIMED dan UNAIR, FSSH dan UTMI dalam menjayakan program FSSH OGC kali ini.

Sebarang maklum balas atau kerjasama dalam FSSH OGC bolehlah emelkan ke corrienna@utm.my.

Explore More