April 26, 2024

Search
Close this search box.

FABU UTM realisasi program pemindahan ilmu berkait teknologi GNSS di SMK Kangkar Pulai

Oleh: Tan Ing Ruey, Siti Nur Maisarah binti Norhisyamudin, Fiq Schsyarenndy bin Asni, Arthur Andrew, Puvanakrishnan a/l Arunasalam, Muhammad Faiz Akmal bin Zulkaffle & Dr Muhammad Hafiz bin Mohd Yatim

JOHOR BAHRU, 9 Jan. – Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia (FABU UTM) telah melaksanakan satu program tanggungjawab sosial universiti (USR) berbentuk  pemindahan ilmu berkait teknologi Global Navigation Satellite System (GNSS) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai.

Program ini melibatkan 10 pelajar Tahun Tiga Kursus Kejuruteraan Geomatik, UTM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah (PEMETA) dan Jurukur Perunding Services Sdn Bhd (JPSurveys) sebagai fasilitator manakala 77 pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai (SMKKP) Johor Bahru sebagai peserta.

Program yang bertemakan ‘GPS Surrounds Our Life’ ini dimulakan dengan sesi penerangan berkenaan teknologi GNSS dalam bidang pengukuran selain demonstrasi penggunaan alat Teodolit, permainan ‘capture the flag’ dengan menggunakan alat penerima GNSS.

Penganjuran program ini telah mendapat sambutan yang meriah serta maklum balas yang baik daripada para pelajar dan guru-guru SMKKP. Pelaksanaan program seperti ini juga dilihat mampu mengukuhkan lagi hubungan antara UTM dengan bakal mahasiswa dari SMKKP kelak.

Dalam masa yang sama, program ini juga menjadi platform terbaik dalam meningkatkan lagi kemahiran komunikasi professional serta kemahiran insaniah bagi pelajar-pelajar UTM, khususnya bagi para pelajar Kejuruteraan Geomatik FABU.

Sesi demo alat GNSS
Sesi demo alat GNSS.
Sesi demo theodolit
Sesi demo theodolit.
Permainan 'Capture the Flag'
Permainan ‘Capture the Flag’.

 

 

 

Explore More