April 26, 2024

Search
Close this search box.

Bengkel ASTROPEST platform latihan pembelajaran interaktif astronomi untuk guru-guru prasekolah

JOHOR BAHRU, 3 Dis. – Satu bengkel Astronomy Training Outreach for Preschool Teachers in Malaysia (ASTROPEST) telah dianjurkan oleh Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) dengan kerjasama Office of Development, International Astronomical Union (IAU) sebagai langkah memberi pendedahan berkenaan bidang astronomi kepada kanak-kanak pra-sekolah.

Bengkel selama dua (2) hari ini telah disertai oleh lebih 30 orang guru pra-sekolah di sekitar negeri Johor. Antara pengisian utama bengkel adalah membentangkan modul-modul astronomi yang telah dibangunkan oleh pakar bidang yang berkaitan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Planetarium Negara dan juga guru-guru sekolah dan guru pra-sekolah.

Bengkel ini memberi penekanan untuk murid-murid pra-sekolah mengenal objek-objek astronomi seperti Matahari, Bulan, Bumi, planet-planet, galaksi di samping fenomena alam seperti pelangi, pembiasan cahaya, gerhana bulan dan gerhana matahari.

Lebih menarik apabila beberapa kaedah atau Alat Bantu Mengajar (ABM) yang telah berjaya dicipta seperti lagu gerhana, permainan mengenal kedudukan planet serta warna planet, teknik pembiasan cahaya, gerhana bulan dan gerhana matahari.

Bengkel yang diketuai oleh Sr Dr. Othman Zainon ini turut disertai beberapa pensyarah UTM seperti Sr Dr. Muhammad Hafiz Mohd Yatim, Dr. Aimi Musa, Dr. Nurul Izzati Abd Karim, Sr Dr. Norhadija Binti Darwin, Dr. Zakiah Mohamad Ashari.

Hadir bersama ialah Dr. Nor Sakinah Binti Mohamad (UKM), Puan Siti Fariza Binti Ghazali, Puan Nurul Fazatul Ain Binti Baharuddin, Puan Suryani binti Siron, Puan Zuraidah binti Pandi, Puan Azilawati binti Ariffin, Puan Nur Amalina Binti Ismail (KEMAS Johor), Encik Muhammad Fairos Asillam (Agensi Angkasa Negara), Puan Norakma Binti Mohamad dan Puan NorulAswad Binti Sulaiman (Planetarium Negara).

Kesemua modul yang telah disediakan telah berjaya dibangunkan serta dibentangkan semasa bengkel ini berlangsung.

Penganjuran program ini telah memberi pendedahan dan pemindahan ilmu astronomi kepada para peserta bengkel. Diharapkan menerusi bengkel ini, guru-guru pra sekolah dapat berkongsi ilmu astronomi yang telah dikuasai bersama kanak-kanak di pusat pembelajaran masing-masing. Semoga bengkel ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan demi  kelestarian ilmu astronomi di Malaysia.

 

Explore More