Mei 16, 2024

Search
Close this search box.

 

JOHOR BAHRU – Tiga beradik yang merupakan anak kepada pasangan bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menempa sejarah apabila mendapat ijazah doktor falsafah (PhD) serentak di universiti itu pada Khamis.

Faridah Mohd Marsin, 39, bersama-sama dua adiknya, Jamilia, 36, dan Aishah, 32, berkongsi momen indah tersebut dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-66 di Skudai di sini.

Faridah yang merupakan anak sulung daripada enam beradik merupakan graduan PhD Kimia Analisis manakala Jamilia yang merupakan anak ketiga graduan PhD Seni Bina dan Aishah yang merupakan anak kelima merupakan graduan PhD Kejuruteraan Bioproses.

Menurut Faridah, kejayaan mereka itu merupakan hadiah bermakna untuk ibu bapa mereka iaitu bekas pensyarah Sains Kimia, Dr Mohd Marsin Sanagi dan Pensyarah Sains Fizik, Dr Noriah Bidin.

“Kejayaan memperoleh PhD hari ini selepas didorong ibu bapa kami. Saya rasa sangat gembira, kerana kami telah lama merancang untuk menamatkan pengajian PhD bersama-sama walaupun masing-masing mendaftar pada tahun berbeza.

“Dengan sokongan ibu bapa, selain kami bertiga turut memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada satu sama lain, akhirnya kami sama-sama berjaya selesaikan tugasan Viva dan alhamdulillah, kami berjaya,” katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen itu.

Sumber Artikel : Sinar Harian – 24 November 2022

Sumber Klip Video : Rancangan Nona, TV3 – 15 Januari 2023

Explore More