April 26, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Mohd Fadthul Ikmal Misnal

SEOUL, 19 Nov. – Dua projek penyelidikan yang diterajui pasukan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Universiti Teknologi Malaysia telah berjaya meraih satu perak, satu gangsa di samping berjaya memperoleh satu anugerah khas dari Taiwan Invention Association dalam Seoul International Invention Fair (SIIF) 2022.

Anugerah pingat perak diraih menerusi projek penyelidikan “Pomeca Canaliculata Trap for Paddy Field Towards a Sustainable Agriculture Technology”. Projek ini juga turut menerima pengiktirafan anugerah khas dari Taiwan Invention Association.

Pasukan penyelidik projek ini terdiri daripada Ts. Dr. Mohd Azlan Suhaimi, En. Khidzir Zakaria, En. Roslin Yasak, Ir. Ts. Dr. Nor Hasrul Akhmal Ngadiman, Dr. Mohd Faridh Ahmad Zaharuddin, Prof. Madya Dr. Norizah Redzuan, Zaiti Akmal Dahlan, Mohd Mizam Ayob, Irwan Idris, Mazzuin Safaruddin dan Fadzilawati Senan.

Sementara itu, projek penyelidikan “Banana Stem Fibre Craft Technology (BSF CrafTec)” berjaya memperoleh pingat gangsa. Projek ini juga merupakan hasil kerjasama antara penyelidik FKM UTM bersama pelajar-pelajar SMK Pengerang Utama.

Pasukan penyelidik projek ini terdiri daripada Prof. Madya Dr. Norizah Redzuan, En. Khidzir Zakaria, En. Roslin Yasak, Tan Jia Ming, Lim Zhi Yao, Masitah Aisyah Hamzah, Jamilah Yahya, Nurin Nadhirah Azlen, Muhammad Yafik Yusri Ya’akob dan Muhammad Irsyad Rifdi Abdul Rashid.

Kejayaan yang diperoleh pasukan penyelidik FKM dari bumi Seoul menjadi bukti inovasi dan kepakaran UTM diiktiraf di peringkat antarabangsa. Semoga pencapaian ini menjadi titik tolak dalam mencapai lebih banyak kejayaan mengharumkan nama UTM pada masa akan datang.

Explore More