MELAKA, 10 Dis. – Bertemakan perpaduan dengan memperhalusi persefahaman diantara Majlis Tertinggi (MT) Persatuan/Kelab bersama staf Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur. Kursus Pengurusan Persatuan Sesi 2022/2023 diadakan secara hibrid pada 3 hingga 8 Disember 2022.
Pada hari pertama, Kursus Pengurusan Persatuan Sesi 2022/2023 UTM Kuala Lumpur di jalankan di Dewan Jumaah, Dewan Tan Sri Aminudin Wahid. Sesi suai kenal di antara semua Majlis Tertinggi Persatuan/Kelab.
Antara pengisian yang diadakan adalah taklimat dari unit yang berkaitan dengan aktiviti pelajar termasuk dari Pejabat OSHE UTM Kuala Lumpur.
Unit OSHE merupakan unit paling penting berkaitan aktiviti pelajar khusus untuk meluluskan semua program/aktiviti pelajar yang diadakan di luar dari kampus. Pelajar dimaklumkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) melibatkan penganjuran aktiviti lasak seperti berkhemah, aktiviti melibatkan air, dan aktiviti mendaki gunung.
Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur telah meneliti aktiviti yang bakal diadakan Persatuan/Kelab pada masa akan datang melalui pembentangan takwim.
Pembentangan takwim tersebut di adakan secara dalam talian, manakala aktiviti luar yang melibatkan aktiviti fizikal dijalankan selang sehari berikutnya di Kuala Linggi, Melaka.
Modul aktiviti berlandaskan semangat kerjasama pasukan, menyuntik semangat jati diri, membentuk idea kreatif, membina keyakinan masing masing (terutama dalam berorganisasi, pelajar perlukan banyak sokongan dari rakan rakan) dan bersifat terbuka dalam menerima pujian dan kritikan.
Kami berharap, kursus ini dapat membentuk Persatuan/Kelab UTM Kuala Lumpur menjadi lebih progresif dan mampan dalam menjalankan aktiviti aktiviti yang telah disasarkan bagi tahun hadapan.
Follow kami di
Facebook – Heputmkl
Instagram – Heputmkl
Youtube – Heputmkl