April 27, 2024

Search
Close this search box.

KENYATAAN RASMI : UTM TIDAK ANJURKAN PROGRAM DAKWAH KEPADA PENGANUT BUKAN ISLAM

UTM TIDAK ANJURKAN PROGRAM DAKWAH KEPADA PENGANUT BUKAN ISLAM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima aduan berhubungan dengan video yang dimuat naik oleh saudara Arun Dorasamy bertajuk “Batalkan Latihan Dakwah Kpd Masyarakat Bukan Islam (Hindu) @ UTM Skudai, Johor 21/11/22”pada 19 Disember 2022 di platform Tik Tok.

Pihak UTM ingin menjelaskan bahawa program yang dimaksudkan adalah bertajuk Bengkel Dakwah ABAD ke-21 anjuran Pusat Islam UTM dengan kerjasama Pertubuhan Jaringan Harmoni, sebuah NGO Kebajikan, Dakwah dan Tarbiyah.

Ingin dimaklumkan, program ini juga tidak melibatkan penganut bukan Islam sebagai peserta.

Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, UTM meraikan kepelbagaian budaya, perayaan agama dan adat dikalangan warganya serta sering menganjurkan program silang budaya dan agama secara harmoni. Ianya juga seiring dengan hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Walaubagaimanapun, diakui salah faham ini timbul apabila pihak UTM mendapati tajuk program yang belum mendapat kelulusan telah disebarkan dan ini telah menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

UTM tidak berkompromi dengan sebarang usaha yang akan menimbulkan ketidakharmonian dalam kalangan warga kampus dan masyarakat setempat. Siasatan akan dilakukan dan sekiranya berlaku ketidakpatuhan tatakelola dan prosedur, tindakan kepada pihak yang berkenaan akan diambil.

Akhir kata, pihak UTM sekali lagi memohon maaf kepada semua pihak atas sebarang kekeliruan dan kesulitan yang mungkin timbul disebabkan oleh perkara ini.

Sekian, terima kasih.

 #TAMAT

Disediakan oleh:

Seksyen Hal Ehwal Korporat

Universiti Teknologi Malaysia

Tarikh: 20  Disember 2022

Explore More