April 25, 2024

Search
Close this search box.

KENYATAAN RASMI : PROGRAM LITERASI KEWANGAN DAN PERSEDIAAN KERJAYA ANJURAN PTPTN DENGAN KERJASAMA UTM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima aduan berhubungan dengan reka bentuk logo rasmi Program Literasi Kewangan dan Persediaan Kerjaya anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), UTM yang tular di media sosial pada 30 Disember 2022.

Dimaklumkan reka bentuk logo yang tular tersebut merupakan logo rasmi program oleh PTPTN. Program dua hari ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN dalam menyokong kepada kebolehpasaran graduan. Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tahun akhir pengajian yang merupakan peminjam PTPTN mengenai literasi kewangan serta peluang pasaran selepas tamat pengajian.

UTM merupakan universiti terakhir penganjuran program ini sebagai penutup kepada tahun 2022.

Sekian, terima kasih.

#TAMAT

 

Disediakan oleh:

Seksyen Hal Ehwal Korporat

Universiti Teknologi Malaysia

Tarikh: 30  Disember 2022

Explore More