Disember 12, 2024

Search
Close this search box.

International Open Design Colloquium 2022 rai silang budaya antara UTM dan Universitas Ciputra

JOHOR BAHRU, 24 Nov. – ‘International Open Design Colloquium 2022’ merupakan salah satu program kerjasama berterusan ke arah memperluaskan jaringan kerjasama ke peringkat antarabangsa antara Program Senibina, Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM dan School of Creative Industry, Universitas Ciputra, Indonesia.

Program International Open Design Colloquium 2022 ini adalah mekanisme memperkasa hubungan antarabangsa negara serumpun yang mempunyai budaya yang seakan sama tetapi mempunyai latar pensejarahan yang berbeza beserta identiti yang tersendiri.

Model silang budaya dan kepakaran ini dirangka diperingkat program senibina dan di implementasikan di dalam subjek SBEA1118 Rekabentuk 1 Tahun 1 semester 1 sesi 2022/2023 menerusi Projek 1: ‘Batik Painting 2D’ di Program Senibina UTM dan manakala di School of Creative Industry, Ciputra Universitas adalah Projek 1: ‘2D composition using organic and geometry shape elements’.

Pengisian program ini dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan daripada Dr. Astrid S.T, M.T, Dekan School of Creative Industry, Ciputra Universitas di ikuti dengan ucapan pembukaan program oleh Prof. Madya Dr Alice Sabrina Ismail, Pengarah Program Senibina, FABU, UTM dan dikendalikan oleh moderator iaitu TS. Dr. Shahariah Norain Shaharuddin pensyarah kanan Senibina, UTM.

Seterusnya, pelajar membentangkan rekabentuk 2D batik menggunakan medium canvas yang berinspirasikan kepada elemen yang diperhatikan di sekitar kampus UTM dan diolahkan kepada motif batik dan menerangkan manisfestasi motif batik yang dihasilkan. Begitu juga pelajar dari Universitas Ciputra merekabentuk 2D komposisi berinspirasikan kepada pengalaman mereka dengan menggunakan bentuk asas.

Setiap bentuk asas mesti dibangunkan menggunakan teknik penggayaan (stilaso) & transformasi. Dr. Muhammad Faizal Abdul Rani, Dr. Azalillah Ramdani Musa dan Dr Nor Izura Tukiman selaku panel akan memberikan ulasan dan pandangan terhadap hasil kerja pelajar Universitas Ciputra, begitu juga Panel dari pihak mereka iaitu Laurensia Maureen Nuradhi S.T., M.M., Susan S.T., M.T. dan Margareth Sunjoto S.T., M.Sc. akan memberikan ulasan terhadap pelajar UTM.

Pengetahuan dan kefahaman mengenai ilmu silang budaya perlu diterapkan supaya interaksi dan komunikasi antara kaum dan budaya antara negara Malaysia dan Indonesia dapat memelihara wacana ilmu secara positif seterusnya dapat memberi pendedahan kepada pelajar senibina untuk meningkatkan kemahiran komunikasi di peringkat antarabangsa dan sekaligus mengurangkan jurang etnosentrisme.

Hasil kerja pelajar senibina, UTM yang bertemakan ‘Pahlawan Melayu’.
Hasil kerja pelajar daripada Universitas Ciputra, inspirasi daripada bunga Lavender.

Explore More