November 21, 2024

Search
Close this search box.
Pemenang pertandingan serta wakil pelajar Geoinformasi yang mewakili UTM ke NGGSIC

FABU anjurkan Geoinformation Student Competition sebagai persiapan ke NGGSIC

JOHOR BAHRU, 19 Okt. – National Geomatic and Geoinformatic Student Innovation Competition atau NGGSIC adalah pertandingan yang dianjurkan saban tahun dengan penglibatan para pelajar dari universiti, politeknik serta kolej-kolej yang menawarkan program Geomatik dan Geoinformatik seluruh Malaysia.

Bagi mencari wakil UTM ke NGGSIC, satu pertandingan dalaman telah dijalankan untuk membuka peluang kepada semua pelajar Geoinformasi (Geomatik dan Geoinformatik) yang berminat untuk menghantar penyertaan. Dua (2) kategori mirip NGGSIC telah dipertandingkan iaitu Peta Kreatif dan Inovasi. Pertandingan ini telah dijalankan pada 28 Ogos 2022 sehingga 08 Oktober 2022.

Sebanyak 13 penyertaan telah diterima dan kiraan markah tertinggi daripada juri telah membawa 6 kumpulan ke peringkat akhir yang dijalankan pada 19 Oktober 2022. Output untuk peta kreatif dinilai dari sudut kartografi, topik yang diketengahkan, serta analisis data. Manakala bagi inovasi, tahap relevan serta inovasi dan kelancaran pembangunan inovasi diambilkira sebagai rubrik penilaian.

Enam (6) kumpulan ini yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kedua dua kategori telah dihantar untuk mewakili UTM dalam pertandingan kebangsaan NGGSIC.

Topik penyertaan serta pemenang bagi kategori peta kreatif
Topik penyertaan serta pemenang bagi kategori peta kreatif
Topik penyertaan serta pemenang bagi kategori inovasi
Topik penyertaan serta pemenang bagi kategori inovasi
Pemenang pertandingan serta wakil pelajar Geoinformasi yang mewakili UTM ke NGGSIC
Pemenang pertandingan serta wakil pelajar Geoinformasi yang mewakili UTM ke NGGSIC

Program seperti ini mampu membangunkan bakat holistik, di samping membentuk sahsiah dan karektor pelajar dari segi keyakinan dan kemahiran komunikasi professional selain daripada memperttingkat kemahiran teknikal para pelajar, sekali gus bertepatan dengan pelan strategik universiti enVision UTM 2025.

Explore More