April 25, 2024

Search
Close this search box.

PUTRAJAYA, 5 Dis. – Alumni Majlis Tertinggi Volunteer@UTM Sesi 2021/2022, Mohamad Ikmal Zulhakkim, melakar pencapaian yang membanggakan apabila dinobat sebagai pemegang Anugerah Khas Kesukarelawanan Sukarelawan Terbilang 2022 pada Hari Sukarelawan Sedunia yang diadakan di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Mohamad Ikmal Zulhakkim merupakan pelajar Sarjana Pendidikan dalam TVET (Technical Vocational Education and Training) di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Anugerah Khas Sukarelawan Kebangsaan merupakan sebuah acara tahunan yang mengiktiraf mahasiswa terbaik dari setiap universiti di Malaysia dalam bidang kesukarelawanan. Setiap pemenang anugerah akan membawa pulang Sijil Penghargaan Anugerah Khas Sukarelawan Terbilang peringkat Kebangsaan dan wang tunai berjumlah RM 500. Plak penghargaan akan diberikan kepada setiap wakil institusi atas tanda penghargaan pengurusan bidang kesukarelawanan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.

Alumni Volunteer@UTM, Mohamad Ikmal Zulhakkim berkata “Anugerah ini akan memberikan sumber inspirasi kepada lebih ramai mahasiswa untuk bergiat dalam bidang sukarelawan dan harapan saya agar lebih banyak aktiviti sukarelawan dapat dianjurkan sama ada di peringkat UTM, kebangsaan mahupun global.

Saudara Ikmal Zulhakkim bersama Timbalan Naib Canselor HEP UTM, Pegawai HEP UTM, Yang Di-Pertua MPP UTM dan Majlis Tertinggi Kelab Volunteer@UTM

Penganugerahan ini juga merupakan suatu kebanggaan buat UTM apabila salah seorang alumninya mendapat pengiktirafan atas pencapaian dan ketulusan daripada aspek kesukarelawanan. Penganugerahan ini sekali gus mampu membuka mata dan fikiran pelajar yang lain untuk terus menceburi aktiviti dan program sukarelawan di samping mengaplikasikan kembali pembelajaran yang berteraskan kejuruteraan dan teknologi untuk menabur bakti kepada masyarakat sejagat.

Explore More