JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, pencapaian cemerlang dan luar biasa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) harus menjadi titik tolak kepada prestasi keberhasilan yang lebih tinggi.
Raja Zarith yang juga Canselor UTM bertitah, universiti berkenaan yang menyambut ulang tahun ke-50 pada tahun ini sudah melakar kecemerlangan sejak lima dekad yang lalu.
“UTM telah melakar kecemerlangan luar biasa sejak 50 tahun yang lalu berkat perjuangan insan-insan terdahulu dan masa kini yang gigih membina nama UTM di persada antarabangsa dan tempatan.
“Universiti ini menjadi institusi pendidikan dan penyelidikan ulung yang berfokuskan bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.
“Ramai rakan industri percaya bahawa graduan UTM memiliki upaya menjadi pekerja mahir yang dapat membawa kemajuan kepada dunia pekerjaan dan sektor ekonomi,”
Sumber : Sinar Harian – 22 November 2022