April 19, 2024

Search
Close this search box.

UTM Kongsi Kepakaran Teknik Kultur Hugel Bangunkan Taman Herba Komuniti SMPK Vokasional Kulai

Oleh: Dr Zakri Tarmidi, Dr Norhidayah Md Yunus, dan Dr Huszalina Hussin

KULAI, 17 Okt. – Program Pemindahan Ilmu dalam membangunkan Taman Herba Komuniti telah dilaksanakan di SMPK Vokasional Indahpura, Kulai, anjuran Fakulti Alam Bina Ukur (FABU), dan Fakulti Sains (FS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama-sama dengan pihak sekolah.

Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kefahaman pelajar berkeperluan khas berkaitan pentingnya menjaga alam sekitar, di samping perkongsian ilmu berkaitan pengurusan Taman Herba Komuniti. Program ini diketuai oleh Dr Norhidayah Md Yunus, pensyarah FABU UTM.

Program ini dimulakan dengan perkongsian oleh Dr Huszalina Hussin, pensyarah Fakulti Sains, yang berkongsi berkenaan penanaman pokok menggunakan teknik kultur hugel. Teknik hugel ini menerapkan teknik pembinaan batas yang mengandungi 9 lapisan pelbagai bahan.

Teknik ini telah terbukti menunjukkan hasil yang baik dengan setiap lapisan memainkan peranan sebagai pengikat air supaya pokok yang ditanam sentiasa mendapat air dan nutrien yang mencukupi.

Seterusnya, program ini diteruskan dengan slot pembinaan batas menggunakan bata, yang mana 5 batas bata telah dibina bersama-sama antara pensyarah dan pelajar UTM, serta guru-guru dan pelajar SMPK Vokasional Kulai.

Penyediaan batas bata ini akan disambung dengan proses pembinaan 9 lapisan teknik penanaman kultur hugel pada sesi berikutnya.

Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada komuniti yang terlibat, iaitu pensyarah dan pelajar UTM, para guru dan pelajar sekolah, serta komuniti sekolah.

Perkongsian oleh Dr Huszalina Hussin
Interaksi antara Dr Huszalina Hussin dengan komuniti sekolah
Teknik Kultur Hugel yang dikongsikan

Explore More