November 23, 2024

Search
Close this search box.

Timbalan Pengarah Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mohd. Nasir Masroom berkata, peranan ujian dalam kehidupan adalah untuk menilai tahap kesabaran, kesyukuran, ketabahan, keyakinan, kepercayaan dan keimanan kita kepada kekuasaan dan kasih sayang Allah SWT.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Surah al-Angkabut, 29:2).

“Dalam ayat di atas, Allah SWT menyatakan bahawa ujian yang diberikan kepada hamba-Nya adalah semata-mata untuk menilai sejauh manakah keyakinan dan keimanan mereka kepada Allah SWT,” katanya kepada Kosmo!.

Mengulas lanjut, Mohd. Nasir berkata, ujian juga diberikan kepada manusia untuk mereka menilai keihklasan mereka dalam beriman kepada Allah SWT dan untuk mereka membuat penilaian kendiri (muhasabah) berkaitan dengan kualiti amal ibadah yang mereka lakukan.

Justeru, dapat dikatakan bahawa ujian adalah tempat kita membuat penilaian dan melihat ruang untuk memperbaiki kualiti diri. Dari satu sudut, perasaan ingin meragut nyawa sendiri sebenarnya adalah manifestasi daripada rasa penat, lelah, kecewa, marah dan benci dengan kehidupan yang sedang dilalui.

Sumber :  Kosmo – 21 November 2022

Baca artikel

Explore More