November 4, 2024

Search
Close this search box.

Graduan Disaran Jalankan Perniagaan Sendiri, Pelajari Cara Hidup yang Lebih Realistik

Oleh Nur ‘Aina Osman

JOHOR BAHRU, 21 Nov. – Mengambil kira situasi ekonomi dunia yang sangat mencabar, ditambah dengan peningkatan kadar inflasi yang serius, pastinya menjadi cabaran kepada masyarakat mengharungi kehidupan termasuklah para graduan. 

Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor, Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia dalam ucapannya menyarankan agar graduan menjalankan perniagaan sendiri memandangkan peluang pekerjaan masa kini adalah agak terhad. 

“Saya galakkan anda semua berusaha mencuba menjalankan perniagaan sendiri ‘no matter how small for a start’. Jangan malu dan jangan segan!” ujar Tan Sri Salleh.

Melalui perniagaan, para graduan akan mempelajari cara hidup yang lebih realistik, di samping memupuk keberanian untuk menghadadapi risiko dalam kehidupan sebenar.

“Sikap entrepreneurship ini adalah sangat penting dan kita tidak seharusnya segan untuk bermula di pangkal tangga, mengotorkan tangan dan merendahkan diri untuk melaksanakan tugas-tugas yang tidak glamour. 

“Saya juga ingin mengingatkan kepada para graduan supaya jangan terlalu memilih pekerjaan malah adalah lebih bagus sekiranya para graduan menggunakan kreativiti anda di dalam menghasilkan sesuatu produk berteknologi tinggi serta berinovatif yang boleh diguna pakai oleh setiap lapisan masyarakat,” ujar beliau.

Selain itu, para graduan juga turut diingat agar berdisiplin, dan berfikiran positif dalam menangani cabaran hidup ataupun stress, lebih-lebih lagi dewasa ini masalah kesihatan mental semakin menjadi perhatian umum.

Be always positive and avoid stress especially mental! This is very important to me!” tambah Tan Sri Salleh.

Menurutnya lagi, graduan perlu berusaha gigih, sabar, telus dan amanah dalam melaksanakan tugasan apabila berjaya menempatkan diri dalam pasaran kerja kelak. 

Para graduan yang menerima Ijazah Sarjana Muda masing-masing pada hari ini.

“Para graduan sekalian perlu memantapkan dan mempraktikkan kemahiran insaniah yang telah dipelajari sejak sekian lama dalam kehidupan. Andalah World-Class Holistic Talents yang UTM lahirkan!” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyentuh masalah perubahan iklim yang sedang dihadapi dunia pada masa ini. Senario perubahan iklim amat penting untuk diberi perhatian kerana turut memberi impak kepada ekonomi negara.

Justeru beliau mengharapkan keluarga UTM dapat sama-sama mengambil serius akan isu ini. Tan Sri Salleh turut merakamkan ucapan tahniah kepada UTM atas inisiatif yang telah diambil melalui “Rangka Kelestarian Kampus UTM 2030” sebagi refleksi terhadap masalah global ini.

Explore More