Disember 27, 2024

JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan kerajaan sanggup menangguhkan impiannya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah demi menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas bapanya meninggal dunia pada 1998.

Mohd. Nasir Nawawi, 47, yang merupakan abang sulung daripada tujuh beradik mahu memastikan kesemua adiknya memperoleh pendidikan bagi menjamin masa depan mereka.

“Saya menamatkan pengajian sijil dalam jurusan Kejuruteraan Awam di Politeknik Ungku Omar sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur untuk terus bekerja. Sepanjang tempoh berkenaan, saya fokus mencari wang demi membantu ibu dan adik-adik.

“Saya juga memberitahu semua enam adik untuk belajar bersungguh-sungguh dan bersedia menampung pengajian mereka sehingga ke peringkat sijil dan diploma..

“Perkara ini saya lakukan untuk memastikan mereka menjadi insan yang berjaya dan berguna.

Sumber : Utusan Malaysia – 22 November 2022

Baca artikel

Explore More