Mei 21, 2024

Search
Close this search box.

Teladani Sifat Universal, Kemanusiaan Rasulullah

Walaupun Nabi Muhammad tidak pernah berjumpa dengan kita, namun baginda sering merindui umatnya temasuk golongan yang sering melakukan dosa. Seiring peredaran zaman, sunnah Rasulullah semakin pudar dalam diri masyarakat pada hari ini. Masyarakat moden kini lebih gemar mengejar kekayaan, fesyen dan kebahagiaan di dunia semata-mata, tanpa mempedulikan kebaikan dibawa oleh baginda.

Bahkan, terdapat segelintir individu yang mengamalkan sunnah baginda. terlihat asing pada mata masyarakat dan sering menjadi bahan kecaman di dalam media sosial. Hakikatnya, sebagai umat Islam, kita harus meneladani sifat universal dan kemanusiaan Rasulullah bagi menyelamatkan diri daripada terlibat dalam perlakuan melampaui batas. Sifat tersebut juga perlu diajar kepada anak-anak supaya mereka lebih dekat dengan Nabi Muhammad.

Meneladani sifat baginda juga menjadi bukti cinta kita terhadap baginda agar dapat dibangkitkan bersama-samanya pada hari akhirat kelak

Sumber : Kosmo – 19 Oktober 2022

Baca artikel

Explore More