Mei 16, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunda tarikh Majlis Konvokesyen Universiti UTM ke-66 pada 19 November ini selepas ditetapkan sebagai hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

UTM dalam satu kenyataan memberitahu, perkara tersebut sudah mendapat perkenan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang juga Canselor UTM.

“Berikut adalah pindaan sesi yang terlibat bagi majlis berkenaan iaitu sesi 1, 2 dan 3 diadakan jam 8 pagi dan 2 petang pada 24 November serta 25 November bermula jam 8 pagi.

“Sementara sesi 4 sehingga sesi 9 kekal pada 21 dan 23 November seperti yang dijadualkan.

“Pindaan ini bagi memberi laluan kepada semua warga UTM, graduan dan ahli keluarga menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” menurut kenyataan tersebut pada Isnin.

Selaras dengan pindaan tersebut, graduan di- minta merujuk laman web rasmi MK-66 menerusi pautan www.utm.my/convocation untuk maklumat terkini.

Sumber :  Sinar Harian – 25 Oktober 2022

Baca artikel

Explore More