Disember 22, 2024

SPS UTM Anjur Siri Webinar Bantu Pelajar Pascasiswazah dalam Penulisan Tesis dan Jurnal Berimpak Tinggi

Oleh: Nor Azfalela Jamaludin dan Nor Kamsiah Manan

Penerbitan artikel jurnal merupakan keperluan pengijazahan bagi pelajar pascasiswazah mod penyelidikan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Namun, wujud cabaran bagi sesetengah pelajar dalam penerbitan artikel jurnal mahupun penulisan tesis.

Menyedari isu tersebut, pada tahun 2022, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah berjaya mengadakan kolaborasi bersama Dr. Thavamaran Kanesan, Chief Editor dan Founder Proofreading By A UK PhD dengan menganjurkan empat sesi webinar bagi membantu pelajar-pelajar UTM seperti berikut :

  1. Thesis Development Journey for PhD and Masters : 21 Februari 2022
  2. High Impact Publishing Class For Students & Academician : 11 April 2022
  3. Systematic Literature Review to Support Extraction Process : 14 Julai 2022
  4. A Hand’s on Class to Convert Proposal-to-Review-Journal: The Finale for 2022! : 7 September 2022

Webinar ini telah menarik minat komuniti pascasiswazah khususnya untuk turut serta dengan purata kehadiran melebihi 100 orang bagi setiap webinar dan peserta-peserta terdiri daripada pelajar dan staf UTM serta pelajar dari universiti awam/swasta yang lain.

Webinar ini juga merupakan salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) dari Proofreading By A UK PhD dengan objektif utama memberi pendedahan mengenai strategi penulisan tesis yang optimum dan meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti pascasiswazah tentang langkah terbaik yang perlu dilakukan untuk mencapai garis akhir pengajian dengan penerbitan artikel jurnal yang mantap.

Gambar 1: Penerangan tentang “Why Systematic Review?”

Gambar 2: Penerangan tentang “Editorial Processes”

Sesi webinar telah dijalankan secara dua hala dan interaktif bersama semua peserta bagi membantu memberi arah tuju kepada penceramah agar kandungan ceramah dapat disampaikan dengan berkesan, memandangkan para peserta berasal dari pelbagai bidang dan fasa (peringkat penulisan kertas kerja, peringkat penulisan tesis dan lain-lain) dalam pengajian sarjana dan doktor falsafah.

Melalui siri webinar ini juga, banyak tips serta teori telah diberi kepada peserta yang hadir dan berdasarkan tahap kepuasan peserta, majoritinya amat berpuas hati dengan cara penyampaian serta kandungan webinar yang disampaikan.

Gambar 3: Penceramah dan peserta yang terlibat

Penceramah yang tidak asing dengan penerbitan artikel jurnal ini juga rajin berkongsi maklumat berkaitan video-video kuliah beliau yang telah tersedia di Facebook melalui pautan: https://www.facebook.com/proofreadingbyPhD/ serta bahan rujukan yang lain seperti nota dan contoh kertas kerja boleh diakses secara percuma melalui platform Telegram beliau melalui: https://t.me/DrThavaChannel.

SPS dengan sokongan dari Post Graduate Student Society (PGSS) akan terus menganjurkan program-program sebegini untuk manfaat semua pelajar.  Dengan misi #From Students to Students, sudah pastinya program-program anjuran PGSS dan SPS ini boleh disertai oleh semua pelajar UTM secara percuma (tertakluk kepada jenis aktiviti).

Warga UTM dipelawa untuk melayari laman web PGSS: https://sps.utm.my/pgss/ dan mengikuti laman Facebook PGSS UTM: https://www.facebook.com/PGSSUTM untuk mengakses jadual, maklumat aktiviti serta berita penganjuran program yang telah dilaksana.

Explore More