Julai 14, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 15 Sept. – Sambutan Merdeka Parade yang telah di anjurkan oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Siswa Jaya (JKM KSJ) dan disokong penuh Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur telah diadakan di Dataran Ilmu pada 15 September 2022 yang lalu dengan kehadiran tetamu yang terdiri dalam kalangan pelajar dan staf.

Semangat patriotik staf dan pelajar kembali disemarakkan di dalam kampus. 

Seramai 50 orang anggota Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman menyertai perbarisan.
Kemeriahan dapat dirasakan ketika Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi perbarisan kontinjen-kontinjen.

Perarakan yang bermula pada jam 7.30 pagi, dimulai dengan perbarisan kehormat dari Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah dijemput khas untuk sambutan Merdeka Parade UTM Kuala Lumpur. Sebanyak enam kontinjen menyertai perarakan Merdeka Parade, terdiri daripada dua kontinjen yang mewakili staf UTM Kuala Lumpur manakala empat lagi kontinjen daripada wakil-wakil persatuan/kelab pelajar UTM Kuala Lumpur.

Perarakan diakhiri dengan lintas tabik hormat kepada Pro Naib Canselor UTM Kuala Lumpur, Prof. Ts. Dr. Abdul Latif bin Saleh, Ketua Pentadbir UTM Kuala Lumpur Tuan Haji Mohd Najib bin Masroom, Pengarah Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur, Prof. Ts. Ir. Dr. Aminudin bin Haji Abu dan Pengarah Program Merdeka Parade, Cik Nur Dayana Natasha binti Mohd Johan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian dan pancak silat daripada pelajar tahun kedua jurusan Diploma Perakaunan.

Merdeka Parade pada kali ini dimeriahkan dengan tajaan sarapan dari Nestle Malaysia. Sebanyak 500 cawan Nescafe percuma dan 1000 cawan sarapan bijirin telah di berikan kepada semua peserta dan tetamu yang hadir.


Ikuti perkembangan terkini Pejabat HEP UTM KL menerusi platform berikut:-

Laman sesawang: Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur

Facebook: Hep Utmkl

Instagram: @heputmkl

Youtube: HEPTV UTMKL

 

 

 

 

 

 

Explore More