April 25, 2024

Search
Close this search box.

Program ‘Train The Trainer’ Modul ‘Mangrove School’ Pergiat Kerjasama ‘Quadruple Helix’

Satu program perkongsian ilmu ‘Train The Trainer’ telah berlangsung pada 10 Oktober 2022 di UTM Kampus Pagoh. Perkongsian dan pendedahan kepada perjalanan modul ‘Mangrove School’ ini telah disampaikan oleh Ts. Mohd Faisal bin Abdur Rani, Pengurus Projek Impactlution Sdn. Bhd. sebagai persediaan kepada bakal fasilitator dalam kalangan staf UTM Kampus Pagoh yang terlibat bagi mengendalikan modul ‘Mangrove School’ bersama pihak Taman Negara Johor Tanjung Piai.

Terdahulu, satu siri perbincangan di antara UTM yang diketuai oleh Pengarah, Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing (ICA), UTM Kampus Pagoh, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Roshanida binti A. Rahman, Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan Perbadanan Taman Negara Johor Puan Norwati binti Abdul Wahab, Pegawai Pengurusan Projek APPGM-SDG En. Paniirselvam Jayaraman serta Ts. Mohd Faisal bin Abdur Rani telah diadakan bersempena pelancaran modul ‘Mangrove School’ Taman Negara Johor Tanjung Piai pada 24 September 2022 yang lalu.

Kesinambungan daripada perbincangan ini telah mencetuskan pelbagai idea penyelidikan, pembangunan dan pendidikan berkaitan kelestarian alam sekitar di masa hadapan, dalam usaha menggiatkan lagi interaksi dan kerjasama ‘quadruple helix’ di antara universiti, industri, kerajaan dan komuniti berdasarkan matlamat ‘Sustainable Development Goals (SDGs)’ demi kemampanan ekosistem penyelidikan bagi manfaat komuniti dan generasi akan datang melalui penyelidikan berimpak tinggi khususnya yang bersifat transdisiplin dan ‘translational’ seterusnya memastikan UTM kekal relevan sebagai pemain utama yang menyokong dasar-dasar kerajaan dan antarabangsa berkaitan pembangunan lestari di segenap aspek.

 

Explore More