Mei 16, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar OKU Teruja Masuk UTM Tetapi Hati Gementar

JOHOR BAHRU — Pelajar-pelajar daripada golongan orang kelainan upaya (OKU) teruja memulakan hidup dalam persekitaran baharu selepas mendaftarkan diri sebagai penuntut baharu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini semalam.

Nur Hanis Zainalabidin, 19, berkata, walaupun gementar, dia tetap gembira untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Psikologi dan Pembangunan Sumber Manusia.

“Rasa teruja dan gementar, takut juga sebenarnya dengan persekitaran baharu kerana walaupun sudah biasa dengan sekolah menengah, tetapi suasana di universiti berlainan.

“Bukan sahaja saiz kampus yang besar, tetapi ini pertama kali saya tinggal di hostel dan berjauhan dengan keluarga, jadi macam-macam yang saya rasakan ketika ini,” katanya.

Nur Hanis menghidap pseudo achondroplasia iaitu masalah ketumbuhan yang menyebabkan tubuh  badannya kelihatan seperti kanak-kanak walaupun sudah berusia 19 tahun. Katanya, penyakit yang dihidapi itu akan menyebabkannya cepat penat sekiranya berjalan jauh sehingga boleh mengalami demam.

Sumber : Kosmo – 11 Oktober 2022

Baca artikel

Explore More