April 26, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar Kursus Falak Syari’e UTM Beri Pendedahan Ilmu Astronomi Kepada Kanak-Kanak Tabika KEMAS

Pada 23 Jun 2022, seramai 13 orang pelajar tahun akhir kursus Falak Syarie (Astronomi Islam) bersama-sama dua orang pensyarah kanan, Dr. Othman Zainon dan Dr. Aimi Musa telah menjayakan program Let’s Explore Space di Tabika KEMAS Indah Pintar, Taman Sri Pulai. Tabika ini merupakan salah satu Tabika KEMAS Pintar STREAM (Astronomi) Negeri Johor.

Program ini merupakan program kerjasama antara Jabatan Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Johor. Hadir sama dalam program ini adalah Timbalan Pengarah KEMAS Negeri Johor, Wan Assim Wan Sheikh.

Pelajar kursus Falak Syari’e menyampaikan perkongsian bertajuk Let’s Explore Space

Antara objektif program adalah untuk memperkenalkan asas ilmu Falak dan Astronomi kepada kanak-kanak pra sekolah. Selain itu, program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan khidmat pendidikan daripada pensyarah dan pelajar kursus Falak Syarie kepada masyarakat khususnya buat kanak-kanak pra sekolah.

Selain perkongsian ilmu, pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan bersama kanak-kanak pra sekolah antaranya menghasilkan model Bumi dan Matahari menggunakan tanah liat, memasang puzzle berkaitan tema program, dan melihat matahari menggunakan cermin mata khas. Dengan adanya aktiviti seperti ini, kanak-kanak pra sekolah dapat mempelajari tentang istilah-istilah asas dalam ilmu Falak dan Astronomi.

Sesi suai kenal bersama para pelajar pra sekolah
Aktiviti pameran dan penerangan daripada pelajar kursus Falak Syarie

Pihak UTM berharap agar program ini dapat menarik minat kanak-kanak pra sekolah terhadap ilmu Falak dan Astronomi sejak mereka kecil lagi. Pihak UTM juga amat mengharapkan agar dapat bekerjasama dengan pihak KEMAS untuk program-program akan datang.

Sesi bergambar bersama pesyarah kursus Falak Syari’e wakil Jabatan Kemajuan Masyarakat, guru-guru pra sekolah, pelajar kursus Falak Syarie.

Explore More